“Gelak macam kena rasuk. Padan muka” – Ketawakan Budak Kecil Salah Baca Doa, Nah Ambik Habuan Kena Baling Mikrofon

Tambah ke Sumber Pilihan
“Gelak macam kena rasuk. Padan muka” – Ketawakan Budak Kecil Salah Baca Doa, Nah Ambik Habuan Kena Baling Mikrofon

Ibu bapa sekarang telah mula menerapkan ajaran agama Islam dalam diri anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Sebab tu lah ada anak-anak yang baru berusia 5 tahun tapi lancar sungguh bacaan doa dan surah-surah pendek yang dipelajarinya.

Tapi biasalah kalau budak-budak tu, ada salah bacaan doanya. Dan kalau salah bacaan, janganlah korang gelak kaw kaw pulak. Karang tak pasal-pasal jadi macam insiden kat bawah ni.


“Budak kecil ni ada di atas stage tengah baca doa, tiba-tiba penonton gelak kuat bila dia…” 

Menerusi posting yang viral di Twitter, sebuah video dari Indonesia ini memaparkan seorang budak kecil atas stage tengah baca doa. Tetiba penonton di seat depan ketawa kuat gila bila budak tu salah baca doa. 

Berang dengan tindakan penonton ‘tak bertamadun’ tu, budak tu apa lagi terus baling mikrofon kepada individu berkenaan. Haaa hambik ko! Siapa suruh gelak masa orang baca doa?

“Dahlah gelak macam kena rasuk. Padan muka” 

Penonton yang gelak tak ingat dunia tu kena kecam habis-habisan lah oleh netizen di Twitter. Rata-rata cakap penonton tu gelak macam kena rasuk. Padanlah kena baling dengan mic kan?

Dilempar Mic
Sumber: Twitter

“You rock, little brave girl!” 

Kid
Sumber: Twitter

Itulah lain kali kalau ada orang tersilap bacaan doa ke surah ke, jangan gelakkan. Perbetulkan ayat mereka. Kan dapat pahala. Aduhai…

Baca: “Ape siakkk, tahan berak pun kena buat live ke” – Ramai Meluat Dengan Gadis Tak Tahu Malu Ini, Mengadu Sakit Perut Di IG Live!

Popo

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Gelak macam kena rasuk. Padan muka” – Ketawakan Budak Kecil Salah Baca Doa, Nah Ambik Habuan Kena Baling Mikrofon
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gelak-macam-kena-rasuk-padan-muka-ketawakan-budak-kecil-salah-baca-doa-nah-ambik-habuan-kena-baling-mikrofon/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM