in

Gelagat Penunggang Motosikal Pura-Pura Pengsan Lepas Gagal Lari Dari ‘Roadblock’ Bikin Netizen Geli Hati

Pura Pura Pengsan Indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadangkala bila nampak ada roadblock, tak buat apa-apa kesalahan pun boleh berpeluh nebes punya pasal. Lagikan pulak kalau memang tahu diri sendiri ada buat kesalahan macam roadtax kereta mati ke atau takde lesen.


Disebabkan ini jugalah ada sesetengah pengguna jalan raya sanggup bergadai nyawa berpatah balik melawan arus semata-mata untuk mengelak daripada dikenakan saman.

Bercakap pasal roadblock, min nak kongsikan satu video dari negara jiran, Indonesia, yang memaparkan taktik seorang penunggang motosikal dalam cubaan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih satu juta tontonan dan membuatkan orang ramai geli hati dengan gelagat penunggang motosikal ini.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

“Tak payah pura-pura pengsan la, bang” – Polis

Difahamkan berlaku di Jalan Benyamin Sueb Kemayoran, Jakarta Pusat, dapat dilihat seorang penunggang motosikal cuba untuk mengelak daripada ditahan polis dalam satu roadblock. Penunggang terbabit juga hampir-hampir sahaja melanggar kenderaan lain sebelum akhirnya terjatuh dan ketika itulah dia berpura-pura pengsan.

640Px Kartu Surat Izin Mengemudi Indonesia. Indonesian Driving License E1658628109571
Gambar hiasan

Menurut juruberita yang melaporkan insiden terbabit, penunggang yang dikenali sebagai Rahmat itu mengaku dia panik selepas melihat roadblock di hadapannya gara-gara tidak membawa lesen yang dikenali sebagai Surat Izin Mengemudi (SIM).

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan penunggang terbabit yang berpura-pura pengsan untuk mengelak daripada disaman. Ada juga yang tertanya-tanya kenapa dia tidak berhenti sahaja kerana saman yang dikenakan tidaklah setinggi mana jika hendak dibandingkan dengan kos membaiki motosikal yang rosak akibat kemalangan kecil dan kos perubatan sekiranya ada kecederaan.

“Menarik refleks dia. Terus pengsan!,” komen seorang netizen.

“Dahlah jatuh lepas tu kena maki dengan polis pulak dan masuk TV,” kata pengguna lain pula.

“Kalau kena saman pun paling-paling kena bayar dalam 100 ribu rupiah (RM29.72) atau 200 ribu rupiah (RM59.45). Ni kalau dah accident macam ni, nak keluar kos betulkan motor lagi pastu nak mengurut ke kalau sakit-sakit badan,” tulis yang lain pula.

Sumber: Twitter @ngadels

Baca: “Dah tak ada hijab” – Cuak Nampak Roadblock JPJ, Lelaki Ini Kelam-kabut Cabut Tinted Gelap

2Jpj E1658624944214

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.