in

Gara-gara Minta ‘Clash’, Wanita Bongkar Perbuatan Teman Lelaki Merogolnya

Rape F3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara meminta hubungan bersama teman wanita diputuskan, kegiatan terkutuk seorang lelaki akhirnya terbongkar.


Menurut Malaysian Digest, penganggur berusia 19 tahun itu dikatakan pernah merogol teman wanitanya yang juga seorang pelajar berusia 15 tahun.

Rogol1
gambar hiasan

Pada Mei lalu, dia dikatakan telah menemani teman wanitanya itu ke Hospital Kajang untuk melawat rakan yang kemalangan. Lelaki itu kemudian mengambil kesempatan dengan membawa teman wanitanya ke rumah bapa saudaranya di sebuah apartmen di Kajang.

Tiba di rumah itu, mangsa diarahkan untuk baring di atas tilam sebelum suspek bertindak merogolnya. Suspek juga dikatakan pernah melafazkan janji setia dengan teman wanitanya itu sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Setia konon!

Rape
gambar hiasan

Pada Isnin lalu kira-kira jam 6.30 petang, suspek telah mengajak mangsa untuk datang makan di rumah bapa saudaranya dan pada ketika itulah dia mengambil kesempatan sekali lagi terhadap gadis itu.

Mangsa berdepan detik hitam apabila bukan sahaja dipeluk dan diramas, malah turut dirogol lelaki itu sekali lagi! Eh kurang ajar la!

Rape1
gambar hiasan

Lelaki itu bagaimanapun mengingkari janji dan mahu memutuskan hubungan bersama teman wanitanya. Bengang dengan lelaki itu kerana mahu memutuskan hubungan, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung tindakan suspek merogolnya sebelum ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, suspek dilaporkan ditahan kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin di Semenyih dan siasatan kini masih dijalankan.

“Suspek kini direman tiga hari sehingga Sabtu (esok) bagi membantu siasatan.”

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Janji setia konon, dah dapat apa kau nak terus nak tinggalkan awek eh!

Baca: Remaja 15 Tahun Dirogol Beramai-ramai Oleh Sekumpulan Lelaki Dikenali Melalui Wechat

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.