Beberapa jam yang lalu, Joe Flizzow dan pasangannya Nurin Marini Ramlan telah selamat diijabkabulkan. Berita ini disahkan oleh adik Nini sendiri, Didi Ramlan di laman Instagramnya.
Menerusi #joeniniynwa sempena meraikan perkahwinan dua merpati sejoli dan kemenangan pasukan bola kegemaran Joe Flizzow ini, beberapa gambar turut dimuat naik oleh kenalan dan keluarga rapat yang menghadiri majlis pernikahan tersebut.
Kalau korang nak tahu, busana klasik yang dipakai oleh Joe Flizzow dan Nini Marini ini adalah dari Tenun Pahang Diraja. Patutlah cantik dan classy!
Tahniah Joe Flizzow dan Nini!
Baca: Majlis Perkahwinan Tradisional Ni Betul-Betul Wow! Siap Diarak Atas Tandu