in

Gadis Pelik Ada Hobi Suka Main Binatang Berbahaya dan Letak Ulat Bulu Dekat Muka!

Dsas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada macam-macam hobi wujud kat dunia ni termasuklah hobi pelihara binatang ataupun serangga. Hobi pelihara binatang yang comel-comel macam kucing and arnab tu dah biasa sangat kita dengar. Tapi kalau binatang or serangga berbahaya tu jarang sangat nak jumpa, kan?



Sebut je ulat bulu dah rasa meremang bulu roma admin ni sebab geli oi! Tapi menurut TribunWow, ada seorang gadis kat Timur Jawa ni dia suka sangat main dengan serangga-serangga yang berbahaya macam kala jengking, lipan dan ulat bulu.

Eli1
sumber: tribunwow
2
sumber: instagram

Gadis bernama Eli Yulianti yang berusia 23 tahun ni bukan je suka main dengan serangga bahaya ni, tapi ada hobi pelik suka letak ulat bulu kat muka! Erk! Eli mengaku yang dia tak rasa geli atau takut sikit pun kat serangga-serangga tu semua sebab selalu main dengan dorang kalau ada waktu lapang. Girl, you are weird….

Eli ceritakan yang dia tak pernah dapat masalah serius time main dengan serangga-serangga tu walaupun dah berkali-kali kena gigit. Katanya, kena gigit tu perkara biasa la. So dia relax chill chill je kalau kena gigit.

Qqs
sumber: youtube
Kala
sumber: youtube

Masa kecik-kecik Eli pernah kena sengat lipan sampai bengkak lima hari and pipi dia pernah kena gigit kucing. Kesan gigitan tu boleh nampak sampai hari ni! Waktu kecil, Eli suka main kat luar rumah, main kat kebun, panjat pokok dan main dengan lebah. Dari kecik lagi suka main serangga berbahaya rupanya!

Cascac
sumber: youtube
Capture
sumber: youtube

Admin nak dekat pun tak sanggup, jangankan nak letak kat muka! Korang kenal sesiapa ada hobi macam Eli?

Baca: Berani Gila! Gadis Ini Bela Biawak dan 26 Jenis Ular Termasuklah Tedung Selar!

Berani Gila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.