in

Berani Gila! Gadis Ini Bela Biawak dan 26 Jenis Ular Termasuklah Tedung Selar!

Jag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu musim peperiksaan macam ni ada pelbagai jenis sukan, aktiviti dan permainan yang boleh kita jadikan sebagai hobi masa lapang untuk lari sebentar daripada tekanan belajar. Ada yang memilih aktiviti luar dan ada juga yang pilih untuk bela haiwan peliharaan.


Namun selalunya kita dengar haiwan seperti kucing dan hamster menjadi pilihan ramai sebagai haiwan peliharaan. Tapi siapa kata haiwan comel je yang layak jadi haiwan peliharaan kan? 

Hal ini dibuktikan oleh Dewi yang meminati pelbagai jenis haiwan liar malah membela mereka di rumahnya! Menurut mStar, hobi Dewi, 21, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini sememangnya lain dari yang lain kerana sangat meminati haiwan-haiwan rare. Bukan kucing atau arnab, tapi biawak pula yang menjadi kegemaran Dewi!

Dewi4
sumber: facebook

Jika dilihat di laman Facebook dan Instagram Dewi, biawak, ular sawa, dan ular tedung menjadi reptilia kesukaannya. Dia kerap memuat naik gambar-gambar reptilia tersebut sambil memeluk atau memegang mereka. Eeii tak takut ke…

Dewi2
sumber: facebook
Ularlagi
sumber: facebook

Biarpun Dewi menerima kritikan netizen yang menuduhnya ‘gila glamour’ kerana memegang biawak yang dianggap ‘haiwan kotor’, pandangan orang ramai tidak menjejaskan minat Dewi kepada haiwan seperti itu. Selain ular dan biawak, Dewi juga tidak takut untuk bermain dengan labah-labah tarantula yang biasanya digeruni ramai kerana bisanya yang boleh membunuh.

Dewi3
sumber: facebook

“Saya jumpa Kenit (biawak) dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu. Sebab kasihan, saya terus bawa dia balik ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan lepas sembuh saya lepaskan dia walaupun rasa berat hati.”

Dewi1
sumber: facebook

Menurut gadis yang bekerja sebagai jururawat ini, tiada istilah takut dalam dirinya sewaktu bermain dengan haiwan-haiwan tersebut tambah-tambah lagi jika melihat mereka tercedera dan memerlukan bantuan.

Pengetahuan dan ilmu sebagai seorang jururawat juga banyak membantu Dewi daripada segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kuman sewaktu berurusan dengan haiwan-haiwan tersebut.

Page 2
sumber: instagram

Memiliki koleksi pelbagai jenis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter yang menjadi haiwan peliharaannya, memeluk biawak dan bermain dengan haiwan liar bukanlah menjadi masalah besar untuk Dewi. Pernah dipatuk ular, Dewi mengakui minatnya ini mempunyai risiko tersendiri.

Seperti yang kita ketahui, haiwan liar seperti ular tedung bukanlah sejenis haiwan yang jinak. Apabila ditanya jika Dewi mempunyai sebarang ilmu ‘menundukkan’ haiwan merbahaya, Dewi  hanya menjawab, “Adalah sikit-sikit saya belajar daripada orang dulu-dulu.” Oh patutlah! 

Ular
sumber: facebook

Dewi kini mempunyai 26 jenis ular peliharaan dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkapnya sendiri. Selain menjadikan reptilia ini sebagai haiwan peliharaan, dia turut akui berminat untuk menjual haiwan-haiwan itu jika ada yang berminat mahu membeli.

Memiliki minat dan hobi yang pelik adalah hak individu, tetapi jangan abaikan keselamatan diri dan orang di sekeliling ye! 

Baca: Pelik Minyak Motor Asyik Habis, Lelaki Pasang Jerat Dan Dapat Tahu Rupa-rupanya….

Beruk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.