in

Gadis Jadi Mangsa Cabul Selepas Terpedaya Tipu Helah Lelaki Minta Tolong di LRT Wangsa Maju

Lrt Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak kira di mana anda berada, sentiasalah berhati-hati terutamanya wanita yang berseorangan di luar! Jangan mudah percaya dan tertipu dengan taktik individu yang anda tidak dikenali.


Pelajar perempuan ini telah berkongsi pengalaman hitam dilaluinya ketika membantu seorang lelaki yang rupa-rupanya hanya mahu mengambil kesempatan! Menurut World of Buzz, gadis itu berseorangan di perhentian bas yang terletak di stesen LRT Wangsa Maju sebelum didekati seorang lelaki yang meminta tolong untuk mendapatkan kuncinya.

Difahamkan, kuncinya terjatuh dan ketika ditunjukkan tempat oleh lelaki tersebut, dia berasa bingung kerana tempatnya agak pelik. Memang pelik sebab takkan kunci jatuh dekat tempat tinggi macam tu?

Lrt 1
gambar hiasan

“Saya agak hairan mengapa dia meminta tolong kepada saya kerana saya bukanlah orang yang tinggi. Macam mana saya nak tolong dia? Namun, saya anggap mungkin kerana dia nampak saya tidak berbuat apa-apa, jadi dia minta tolong. Saya menggalas beg pada ketika itu dan dia meminta saya untuk meletakkannya di bawah namun saya enggan berbuat sedemikian.”

“Lelaki itu beritahu dia mahu mengangkat saya supaya saya dapat mencapai kuncinya di celahan itu. Saya bingung memikirkan bagaimana kuncinya boleh berada di situ. Namun, sebelum sempat berkata apa-apa, dia dengan selamba mengangkat saya menggunakan dua tangannya, memegang pinggang saya.”

Lrt 2
sumber: facebook

Badannya begitu rapat dengan badan saya dan tiba-tiba, saya dapat rasakan jari-jemarinya menyentuh bahagian sulit saya. Sangat jelas bahawa ianya disengajakan dan dia kemudian mengubah posisi supaya kedua-dua tangannya dapat mencabul saya. Salah satu tangannya digunakan untuk meraba kemaluan saya manakala satu lagi dimasukkan ke dalam baju sehingga mencapai bahagian dada.”

Gadis itu akui tergamam seketika namun berjaya menyelamatkan diri selepas di menepis tangan lelaki miang tersebut ke dinding dan menjerit. Lelaki itu kemudian terkejut dan dia mengambil kesempatan itu untuk segera lompat. Selepas itu, dia masih selamba meminta pertolongan gadis berkenaan sekali lagi!

Lrt 3
sumber: facebook

Sebelum lelaki itu berbuat sesuatu yang lain, gadis berkenaan segera memberitahu bahawa dia cedera dan terus melarikan diri. Gadis berkenaan kemudian mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya mangsa yang pernah terkena dengan tipu helah tersebut. Lelaki tersebut dilaporkan pernah melakukan perbuatan miang di Wangsa Maju dan PV128, Setapak.

Disebabkan itu, dia mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua orang supaya lebih berwaspada, termasuklah lelaki kerana dia mungkin menggunakan taktik yang sama untuk merompak atau mencuri beg.

Tak kira la lelaki ke perempuan, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tak kira masa dan di mana. So, jangan lupa untuk sentiasa berjaga-jaga!

Baca: Lelaki Kantoi Curi-curi Ambil Gambar Dada Wanita Dalam Lif di Setapak

Perverted Man Allegedly Taking Ladies Pictures Caught In Pv15 Setapak World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.