Gadis Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki ‘Pervert’ Waktu Jalan-Jalan Di Pasar Seni

Tambah ke Sumber Pilihan
Gadis Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki ‘Pervert’ Waktu Jalan-Jalan Di Pasar Seni

Girls dekat luar sana tu mesti pernah ada plan nak feeling single lady pergi jalan-jalan atau holiday sorang-sorang kan? Tapi dalam masa yang sama tak berani sebab zaman sekarang ni orang yang ada niat tak baik tu ramai, betul tak?

Kadang-kadang bukan kaum hawa je yang berisiko menjadi mangsa ganggual seksual orang pervert ni tau, lelaki pun boleh tau!


Seperti perkongsian seorang gadis ini melalui laman TikToknya semalam, dia dikatakan telah mengalami gangguan seksual ketika sedang berjalan-jalan di kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Menurut perkongsian daripada saudari Izzah ini, dia dikatakan sedang bersiar-siar di kawasan Pasar Seni sebelum perasan seorang lelaki yang tidak diketahui sama ada warga asing atau pun warga tempatan sedang menyorok di belakang tiang. Alangkah terkejutnya, lelaki itu rupanya dilihat sedang melakukan onani sambil memandangnya!

Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, Izzah membuat keputusan untuk pergi ke pondok polis berdekatan bagi mendapatkan bantuan. Di situ, dia telah ditenangkan oleh seorang pegawai polis bantuan yang bertugas.

Segala bukti seperti gambar dan video juga telah diambil oleh pihak polis bagi membantu pihak polis membuat siasatan dan mengambil tindakan kepada individu tersebut.

Di ruangan komen perkongsian ini, selain ramai yang meninggalkan nasihat agar sentiasa berhati-hati ketika berseorangan di luar, rupa-rupanya ramai juga yang pernah mengalami situasi yang sama di kawasan tersebut.

Komen PervertSumber: TikTok

Korang yang ada plan nak jalan-jalan secara ‘solo’ tu berhati-hati lah ya. Elakkan untuk berada di tempat yang sunyi dan mencurigakan. Kalau kena gangguan macam ni, cepat-cepat laporkan kepada pihak polis dan jangan malu untuk minta pertolongan.

Baca: Selama Ini Ingatkan Sweet, Tapi Sebenarnya Maksud Lagu You’re Beautiful-James Blunt Ni Agak Scary

Baca Pervert

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki ‘Pervert’ Waktu Jalan-Jalan Di Pasar Seni
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gadis-ini-kongsi-pengalaman-diganggu-lelaki-pervert-waktu-jalan-jalan-di-pasar-seni/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM