in

Gadis Diculik Bomoh Selama 15 Tahun Untuk Jadi Gundik Jin

Gunn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rupanya banyak gila benda pelik dalam dunia ni, benda yang kita tak sangka pun memang jadi dalam real life.


Menurut Harian Metropolis berjaya menangkap seorang bomoh yang disyaki menculik remaja perempuan selama 15 tahun lamanya! Dia menyembunyikan mangsa yang pada masa tu berusia 13 tahun, kat celahan batu besar untuk dijadikan gundik kepada jin. Serius laa??

Gun5
sumber: tribun kaltim

Mangsa, Hasni yang kini berusia 28 tahun ditemui kat celah batu besar tak jauh dari rumah bomoh tu kat Desa Bajugan, Tolitoli di Sulawesi Tengah. Polis memberitahu yang Hasni ditemui apabila keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa mendapat maklumat wanita itu disembunyikan seorang dukun yang dikenali sebagai Jago, 83.

Penduduk kat Desa Bajugan inilah yang membantu merungkai kes ni sebab dorang selalu perasan yang bomoh tu sering bawak seorang anak gadis masuk ke rumahnya pada waktu malam. Tapi dorang tak pernah nampak kelibat gadis tu pada waktu siang

Gun3
sumber: kompas. Com
Gun7
sumber: jawa pos

M Iqbal Alqudusy, seorang jurucakap polis berkata, beberapa anggota polis yang dibantu oleh penduduk kampung melakukan pencarian kat rumah dukun tu. Tak berapa lama lepas tu, mangsa ditemui disembunyikan kat celah batu besar di belakang rumah bomoh tu.

Paling menghairankan, rumah keluarga mangsa tu hanya berselang tiga buah rumah je dengan rumah suspek. Alahai tak pernah pulak terserempak ye…

Lepas je penemuan tu, polis tangkap bomoh berkenaan dan suspek terus mengaku dia menculik wanita tu untuk dijadikan alat untuk memanggil dan dijadikan gundik kepada jin. Erkkk??

Gun6
sumber: youtube

Menurut informasi penduduk tempatan, terdapat beberapa pusara yang dikatakan merupakan tempat persemadian beberapa janin yang terhasil akibat dirogol oleh suspek. Tapi kesahihan informasi ni masih belum disahkan.

Semasa dijumpai, Hasni berada dalam keadaan telanjang dan pucat lesi. Orang berdekatan kemudiannya terus memberikan pakaian untuk menutup badannya. Kesiannya…

Tak dapat bayangkan perasaan mak bapak dia bila dapat tahu anak masih hidup… Sedihnya!

Baca: “Jin menyamar jadi suami dan berjimak dengan wife dia”

Jin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.