in

Gadis Cantik Tolak Tawaran Jadi Model Kerana Minat Mendalam Terhadap Bola Sepak

Kelate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah wanita yang minat atau hebat bermain bola sepak sangat sikit jika nak dibandingkan dengan lelaki.


Namun, seorang gadis dari Kelantan telah membuktikan bahawa perempuan juga boleh mempunyai minat yang tinggi terhadap bola sepak sehingga dia sanggup menolak tawaran menjadi model oleh kerana cinta akan sukan tersebut.

2 31 E1500968077907
sumber : the malay mail online
Kelate2
sumber: instagram

Nur Syahindah Mohamad Kamal yang berumur 20 tahun ini telah menjadi tular di media sosial bukan kerana kecantikannya sahaja tetapi juga kerana kemahirannya tackle bola di atas padang. 

Menurut Mstar, gadis kacukan Melayu dan Cina Thailand itu memang sudah lama meminati bola sepak dan mula bergiat aktif dalam sukan tersebut sejurus tamat persekolahan.

6 16
sumber: instagram

Oleh kerana minatnya yang tinggi, Syahindah yang menjadikan Ronaldinho sebagai idolanya telah mencuba nasib menghadiri sesi pemilihan bagi pasukan bola sepak wanita yang bernama Sador Glow Glowing FC.

Dengan pengalaman berlatih bermain futsal selama setahun, dia telah berjaya dipilih untuk menyertai pasukan tersebut dan beraksi sebagai posisi pertahanan kiri mewakili negeri Kelantan.

Kelate1
sumber: instagram
3 18 E1500968213504
sumber: harian metro

Selepas kisahnya menjadi tular, gadis yang digelar ‘Ronaldinho Kelate’ ini telah dirisik oleh pelbagai syarikat tudung dan barangan sukan untuk menjadi duta jenama mereka.

Bagaimanapun, dia telah menolak kesemua tawaran tersebut kerana mahu memberi komitmen sepenuhnya terhadap sukan bola sepak dan juga fokus terhadap pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan.

“Ramai yang kecewa kerana saya tolak tawaran itu. Memandangkan saya kini di tahun terakhir pengajian dan perlu berlatih bersama pasukan, jadi keutamaan diberikan kepada kedua-dua perkara ini terlebih dahulu. Kedua-duanya lebih penting ketika ini.”

4 31 E1500968515581
sumber: instagram
5 17 E1500968608631
sumber: instagram

Meskipun dia tidak minat untuk menjadi model buat masa ini, Syahindah tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkan semua tawaran tersebut pada masa yang akan datang.

“InsyaAllah saya akan pertimbangkan di kemudian hari. Perjalanan saya masih lagi panjang. Lagipun saya kalau mahu buat sesuatu, saya akan buat bersungguh-sungguh sehingga sasaran saya tercapai.”

Semoga terus sukses dalam bidang pelajaran dan juga sukan bola sepak! Teruskan usaha awak si jelita!

Baca : Ustazah Tular Di Media Sosial Gara-gara Rupa Paras Seperti Pelajar Sekolah

1 41 E1500967733388

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.