in

Gabenor Beirut Menangis Saat Lihat Bandar Musnah, Lubnan Bersumpah Cari Dalang Letupan

Hassan Diab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh Gabenor Beirut, Marwan Abboud saat melihat bandar tersebut musnah dalam dua letupan dahsyat semalam yang berlaku di sebuah pelabuhan dekat ibu kota Lebanon itu.


Menerusi sebuah video yang viral Twitter, Marwan dilihat mengesak tangis ketika menjawab soalan daripada wartawan berkenaan situasi di bandar Beirut. 

Menurut terjemahan seorang netizen, Marwan katanya mengucapkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap bandar tersebut.

H1

Rata-rata netizen yang melihat keadaan tersebut mengucapkan rasa simpati dan kata-kata semangat kepada Marwan di Twitter.

H2

 

Lubnan akan cari dalang letupan

Dalam pada itu, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berkata mereka akan mencari dalang yang menyebabkan letupan di pelabuhan di sini, yang setakat ini mengorbankan 73 orang dan mencederakan lebih 3,700 orang.

Menurut Harian Metro, Diab menyifatkan kejadian ini merupakan satu malapetaka besar yang berlaku kepada negara tersebut.

“Sesiapa yang bertanggungjawab perlu dihukum kerana perbuatan mereka,” katanya.

Thumbs B C 67404Fe3Ebb137B4A27E5C2Ea40Fa2Fb

Pun begitu, setakat ini kenyataan rasmi negara itu tidak menyifatkan letupan berkenaan sebagai satu serangan.

Pihak berkuasa Lebanon pula pada masa yang sama menjangkakan angka korban akan meningkat.

Sama-samalah kita doakan semoga mereka kuat. #PrayForLebanon

Baca: “Macam bom atom Hiroshima Nagasaki!” – Letupan Dahsyat di Beirut, Dunia Terkejut Lihat Video Tragedi Live Dari Pelbagai Arah

Lebanon

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: AA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.