in

Frontliners Indonesia Akan Diberikan Suntikan Vaksin Moderna Dos Ketiga, Bantu Tingkatkan Ketahanan Terhadap COVID-19

Indonesia Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Frontliners di Indonesia difahamkan akan menerima suntikan dos ketiga vaksin Moderna bagi meningkatkan lagi ketahanan diri terhadap virus COVID-19.



66102 Budi Gunadi Sadikin E1625884171321

Memetik laporan The Edge Markets, menerusi satu sidang media menggunakan webinar semalam, 9 Julai, Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata, program suntikan vaksin dos ketiga itu akan melibatkan 1.47 juta petugas kesihatan dan ia akan bermula pada minggu hadapan.

Untuk pengetahuan, petugas kesihatan adalah kumpulan pertama yang diberikan suntikan vaksinasi menerusi program suntikan vaksin nasional yang telah bermula pada 13 Januari lalu. Dikhabarkan, vaksin yang diberikan adalah jenis Sinovac.

Gettyimages 1233695254 E1625884370612

Pun begitu, memetik laporan media tempatan, sejak awal penularan pandemik terbabit sehingga Jun 28, seramai 1,031 petugas kesihatan di republik itu dilaporkan telah meninggal dunia akibat dijangkiti wabak COVID-19.

Menerusi data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, lebih 35.7 juta telah menerima vaksin dos pertama manakala lebih 14.8 juta pula sudah menerima suntikan vaksin dos kedua di Indonesia.

Lapor Astro Awani, semenjak bulan Jun lalu, kes positif baru menunjukkan peningkatan mendadak di republik itu susulan penularan varian Delta.

2020 05 11 94972 1589184732. Large E1625884757768

Bagi tempoh 24 jam semalam, Indonesia telah mencatatkan 37,124 kes positif manakala 871 kes kematian direkodkan. Ini sekaligus menjadikan jumlah yang maut akibat pandemik terbabit di republik itu meningkat kepada 64,631 orang.

Sumber: Astro Awani, The Edge Markets

Baca: [VIDEO] Terpaksa Gali Pakai Jengkaut, Ini Situasi Terkini Pengebumian Mayat Mangsa Secara Pukal Covid-19 Di Indonesia

Fi In E1625883909403

Sumber: Tek Deeps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.