in

Kisah Bonnie & Clyde : Perkara ‘Epic’ Terjadi Sewaktu Pasangan ‘Taiko’ Terkenal Dunia Ini Ditembak Sampai Mati

Bonnieclyde

Pasti korang semua familiar dengan nama Bonnie & Clyde kan? Ada segelintirnya memikirkan ia hanyalah filem lama yang popular sekitar tahun 60-an dulu.

Untuk pengetahuan, lagenda Bonnie & Clyde ini sebenarnya memang wujud, filem yang korang pernah tonton tu adalah adaptasi daripada kisah benar.

Clyde Barrow dan Bonnie Parker merupakan pasangan gangster terkenal pada sekitar zaman 30-an dahulu. Pasangan yang terkenal dengan kelicikannya menjalankan kegiatan jenayah yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

 

Latar belakang Bonnie & Clyde

Bonie :

Bonnie
Sumber : blog
  • Anak kedua daripada tiga beradik hasil pasangan Charles Parker dan Emma Krause.
  • Bonnie dilahirkan dilahirkan di Rowena, Texas dan ketika berusia 4 tahun, ayahnya meninggal dunia lalu mereka kemudiannya berpindah ke kampung halamannya di Cement City, Dallas.
  • Merupakan pelajar paling menonjol terutama dalam penulisan puisi dan pengucapan awam.
  • Ketika berusia 16 tahun, dia jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Roy Thornton, lalu mereka berkahwin pada 1926 dan berhenti sekolah.
  • Bagaimanapun, usia perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun tetapi, penceraian itu dikatakan tidak dilakukan secara rasmi.

Clyde :

Bonnie Apuntant De Broma A Clyde Amb Una Escopeta
Sumber : wikipedia
  • Dilahirkan di Ellis County, Texas, selatan Dallas, merupakan anak kelima dari tujuh beradik dari hasil perkahwinan Henry Basil Barrow dan Cumie T Walker.
  • Membesar dalam keluarga miskin, mereka kemudiannya berpindah ke barat Dallas pada awal tahun 1920 kerana kemelesetan ekonomi dunia.
  • Cuba untuk memasuki angkatan Tentera Laut AS, tetapi tidak diterima.
  • Kali pertama Clyde ditahan polis adalah pada tahun 1926 kerana gagal memulangkan kereta yang disewa pada masa yang ditetapkan.
  • Aktif mencuri hingga dipenjarakan selama dua tahun di Eastham Prison Farm.

 

Romeo & Juliet versi gangster

11998856 831360850317121 4392823680841020784 N 12006221 831360380317168 5433638906619913777 N

Biarpun mereka tampak ganas dan menggerunkan di mata umum, mereka berdua ini sangat romantik. Bonnie sebenarnya seorang yang sentimental, banyak puisi-puisi cinta dia karang untuk Clyde.

Malah polis juga ada jumpa beberapa foto romantik mereka berdua bersertakan senjata yang mereka lakukan untuk melakukan kegiatan jenayah.

Pasangan ini mula bersua pada tahun 1930, masa tu Bonnie baru berusia 19 tahun dan Clyde berusia 21 tahun ketika dalam satu majlis di rumah kawan Bonnie.

Bonnie ini sebenarnya seorang gadis lemah lembut, tapi berubah menjadi seorang liar ketika mula menjalinkan hubungan dengan Clyde. Dari situ lah Bonnie mula berjinak dengan kumpulan Barrow.

Demi cinta, Bonnie sanggup ikut jejak langkah Clyde. Disinilah bermulanya kegiatan jenayah dua sejoli ni.

 

Merompak, meragut & membunuh termasuk anggota polis

Menurut sumber, Bonnie dan Clyde telah melakukan rompakan di lebih 15 bank, premis perniagaan dan meragut, mereka bergerak aktif bersama kumpulannya dikenali sebagai Barrow Gang.

Sepanjang melakukan jenayah, mereka dilaporkan telah membunuh 13 orang termasuk sembilan anggota polis sehingga mereka diberkas dan ditembak mati di Louisiana. 

Disebabkan itu, pasangan ini semakin dikenali dengan aktiviti jenayahnya. Pada masa itu populariti mereka berdua begitu tinggi kerana licik melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Kiranya pada waktu itu pasangan samseng ni memang paling top sehingga ke taraf dunia. Bagaimanapun, pada tahun 1934 mereka telah telah ditembak mati dalam satu serangan hendap oleh 6 anggota polis.

 

Perkara ‘Epic’ dalam serangan tembakan Bonnie & Clyde

62022 276078709178674 826825404 N 254727 277903325662879 1459883982 N

Sependai pandai tupai melompat, akhirnya jatih ke tanah jua. 13 April 1934, seorang agen FBI, melalui siasatan di sekitar Ruston, Louisiana, memperoleh maklumat lokasi persembunyian Bonnie dan Clyde.

Dikatakn, ejen dari Texas ini tahu bahawa Bonnie dan Clyde ni selalu melakukan perjalanan dari Texas ke Louisiana untuk bertemu kenalan mereka.

23 Mei 1934,  polis dari Louisiana dan Texas bergabung tenaga untuk menumpaskan pasangan ini, mereka bersembunyi dalam semak sepanjang lebuh raya berhampiran Sailes, Louisiana.

Tembakan bertalu-talu dilepaskan, dan akhirnya Bonnie & Clyde mati. Untuk pengetahuan korang, semasa mereka mati ditembak tu, Bonnie masih lagi memakai cincin perkahwinan bekas suaminya yang dia kenal semasa dibangku sekolah dahulu.

Lebih mengejutkan lagi, salah seorang anggota polis yang menembaknya itu adalah bekas suaminya sendiri.

385121 277907748995770 560670340 N

Alahai, ni lah etika kerja, kadang-kadang kerja perlu diutamakan daripada hidup. Tapi nak buat macam mana kalau tak ditumpaskan legasi mereka akan tetap disambungkan.

Oh ya, kesemua senjata-senjata bahkan kereta Bonnie & Clyde daripada kesan tambakan polis tu masih ada sampai sekarang, ia dijadikan sebagai pameran di National Museum of Criminal and Punishment yang terletak di Washington. Gambar yang ditunjukkan ini semua adalah milik mereka.

374823 287020014751210 317643943 N

12046564 832608613525678 6120944663570052186 N

12524095 893379664115239 254763882171939781 N
Sumber : facebook

 

Baca : Misteri Pembunuhan Black Dahlia : Badan Dibelah Dua, Bibir Ditoreh & Kemaluan Kelar Yang Masih Tak Terungkai

Blackdahlia