“Ending samar-samar” – Pencipta Dakwa Francais Fast & Furious Mungkin Tak Habis Setakat F10 & F11

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ending samar-samar” – Pencipta Dakwa Francais Fast & Furious Mungkin Tak Habis Setakat F10 & F11

Filem Fast & Furious 9 yang ditayangkan pada pertengahan tahun lepas menerima kritikan keras daripada penonton meskipun filem itu mengutip hasil tayangan sebanyak $726.2 juta.

Mana tidaknya, terdapat beberapa babak tidak masuk akal yang kurang digemari penonton seperti babak membawa kereta sehingga ke ruang angkasa untuk mematikan bom.


7150E3196Abb9D003Bb14323397Eedb2Sumber: Car Throttle

Penulis asal kata francais ini masih on!

Meskipun menerima kritikan daripada ramai pihak, penulis lakonlayar asal filem Fast & Furious, Gary Scott Thompson berkata filem kesepuluh dan kesebelas fraincais tersebut tidak menandakan pengakhiran kepada dunia Fast & Furious.

Jelas Gary, francais filem tersebut memberi pulangan yang sangat lumayan dan telah menjadi lubuk duit buat Universal Studios. Beliau turut menyifatkan francais filem ini adalah seperti MCU versi mereka.

1 2Sumber: IMDb

Sambung Gary, filem Fast & Furious yang kesepuluh dan kesebelas bakal menghimpunkan kesemua kisah francais ini sekaligus akan menutup francais yang sudah lama berada dalam sinematiknya tersendiri semenjak tahun 2001.

Sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan tarikh tayangan filem kesepuluh dan kesebelas francais ini, namun dijangka akan tiba di pawagam menjelang tahun 2023 dan 2024.

Jika Fast & Furious 9 mereka bawa kereta sampai ke angkasa lepas, agak-agaknya filem-filem akan datang nanti macam mana la ye?

Kredit: Showbiz CheatSheet

BACA: Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai Gara-gara Miliki Wajah Hampir Sama Dengan Vin Diesel

Capture 6

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ending samar-samar” – Pencipta Dakwa Francais Fast & Furious Mungkin Tak Habis Setakat F10 & F11
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ending-samar-samar-pencipta-dakwa-francais-fast-furious-mungkin-tak-habis-setakat-f10-f11/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM