in

Fenomena ‘Mosh’ Di Malaysia: Ini Rupanya Asal Usul Trend Tersebut!

Dvsf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni asal bila ada konsert daripada kumpulan penyanyi rock mesti akan berlakunya perkara yang anak muda panggil sekarang ini iaitu ‘mosh’.


Macam beberapa hari lepas, baru saja konsert HausBoom telah diadakan dengan menampilkan beberapa kumpulan seperti Hujan dan Ruffedge. Apa yang menarik perhatian apabila sebuah video telah dikongsikan di mana terlihat beberapa penonton telah melakukan aksi mosh semasa konsert berlangsung.

@fashhobby

Hausboom Music 2022 #hausboommusic #hausboom #maepsserdang

♬ original sound – ghost

Tapi yang jenis tak pergi konsert dan mendalami muzik bergenre rock ini mesti korang tertanya-tanya apa yang mereka sebenarnya buat dan apakah itu mosh pit yang telah menjadi fenomena dalam kalangan anak muda di Malaysia. Jom min kongsikan!

Apa itu ‘mosh pit’ dan bagaimana ia bermula?

Mosh pit adalah sebuah ruangan, bulatan besar ataupun arena yang dibuka di dalam sesebuah konsert punk atau rock untuk melakukan mosh iaitu tindakan menendang, memukul dan saling menindih antara satu sama lain secara rawak.

Daripada pandangan sastera mengenai sejarah muzik rock, mosh pit bermula pada 1975-1980 di Los Angeles, Amerika.

Istilah ini diterima pakai daripada budaya yang dicipta oleh senario muzik punk dari England yang telah muncul dan berkembang sejak 1970. Di England, mosh pit lebih dikenali sebagai tarian pogo, yang bermaksud perkataan “pow” dan “go”.

 

Di Amerika Syarikat, gerakan ini diterima pakai dan dipanggil tarian slam. Sebelum berlakunya mosh ini, industri muzik juga pernah ada tarian headbang dimana para penonton akan mengangguk kepala di arena konsert mengikut rentak dan irama muzik yang dipopularkan oleh kumpulan rock dan heavy metal pada 1970-an.

440Px Asphyxband

Tarian slam biasanya dilakukan dalam arena konsert punk, tetapi dilakukan dengan lebih agresif dan ekstrem. Pada tahun 1980, lahir muzik thrash metal dan mosh pit telah menjadi fenomena yang seiring dalam setiap arena konsert metal.

Akhirnya, seiring dengan perkembangan muzik rock, fenomena mosh pit ini berkembang dengan pelbagai jenis dan gaya tarian. Beberapa jenis muzik yang termasuk dalam kategori rock seperti grunge, rock alternatif dan juga hip-hop melakukan perkara yang sama.

Ada juga daripada beberapa kelompok yang menilai fenomena ini sebahagian daripada sukan fizikal yang ekstrem dan memenatkan. Ada juga yang menganggap ini cara berseronok di konsert untuk menghilangkan stres dan melepaskan kemarahan dalam diri.

12866118445 1F52Ce923F K

Penonton juga dikatakan juga bertindak untuk memulakan mosh pit untuk meraikan muzik yang mereka gemari dan seakan untuk menjiwai lagu tersebut kerana dikatakan lebih menyeronokkan dan puas hati.

Dalam budaya mosh pit, kumpulan persembahan merupakan asbab utama kepada mosh pit berlaku mengikut genre lagu yang dikeluarkan.

Malah, mosh pit juga boleh terjadi disebabkan pembawaan lagu kumpulan persembahan apabila muzik bertukar agresif dan dinamik, bunyi yang kuat dengan lirik yang provokatif.

Difahamkan juga, tiada peraturan tetap ketika berada di arena mosh pit dan semua orang bebas melakukan apa sahaja. Seperkara yang pasti, semua yang bersetuju untuk berada di arena mosh pit telah bersedia dengan segala risiko yang berlaku.

Kes kematian melibatkan ‘mosh pit’

Seperti yang kita tahu, aktiviti ini sememangnya boleh dikategorikan sebagai bahaya kerana ia mempunyai unsur-unsur keganasan yang mampu membahayakan penonton.

1. Festival Pearl Jam Roskilde, Denmark, 2000

Sembilan orang mati dipijak dalam mosh pit semasa persembahan Pearl Jam di Festival Roskilde di Denmark pada tahun 2000, dimana lapan maut akibat sesak nafas dan seorang meninggal dunia di hospital akibat kecederaan di dada.

Difahamkan, ahli kumpulan tersebut berjumpa dengan keluarga mangsa dan ada juga antara mereka yang masih rapat sehingga hari ini.

Pearl Jam Roskilde

2. Travis Scott: Festival Muzik Astroworld, 2021

Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan ramai lagi cedera di Festival Muzik Astroworld, apabila kemunculan penyanyi rap Travis Scott di atas pentas.

Perkara itu mendapat perhatian global apabila pihak berkuasa mendedahkan bahawa kejadian itu berlaku kerana orang ramai mula bertolak-tolak ke arah pentas ketika Travis Scott membuat persembahan.

 

11348971 121621 Ktrk Astroworld Victims 10 Photos Img

Ap21311725942367 Slide Ffce804F3A2D4C9179Ea1205968Cf9Cd0642Cda2 S1200 C85

Malaysia sekali ikut budaya ‘mosh pit’?

Rata-rata rakyat Malaysia  juga terpalit dengan trend ini dimana banyak showcase dan konsert diadakan di sini dengan pembawaan genre yang sama seperti di luar negara dan turut memasukkan unsur moshing ataupun slam dance semasa acara berlangsung.

Kalau di Malaysia, konsert-konsert yang besar seperti Rock The World dan KL Big Party menjadi tumpuan utama kepada penonton untuk melakukan mosh kerana ia menampilkan beberapa artis dari kumpulan rock dan punk. Ada juga konsert jelajah kecil seperti Riuh Sokmo turut menjadi tumpuan untuk berhibur.

Img 9447

Sehingga hari ini, tiada tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan dengan pengharaman aktiviti ini kerana perkara tersebut kemungkinan masih tidak menjejaskan batasan hiburan di dalam sebuah konsert dan masih tiada kes yang tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi di Malaysia.

Apa-apapun harap kita sentiasa menjaga keselamatan lebih-lebih lagi dalam berhibur…

Baca: “Siapa penganjur dia?” – Netizen Kesal Tengok Remaja Buat ‘Mosh’ Semasa Konsert Depan Masjid Di Kedah

Screenshot 2022 10 06 At 11.47.27 Am

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.