in

Farrah Deeba Setuju Caprice ‘Expose’ Pemangsa Seksual, Masyarakat Perlu Ambil Tahu

farrah deeba sokong caprice 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes yang hangat diperkatakan baru-baru ini adalah tentang pemangsa seksual dan modus operandinya. Rata-rata warganet sedang bercakap tentang isu ini. Namun, sejauh manakah kesedaran masyarakat tentang kes ini?

Personaliti televisyen, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf berkata dia menyokong mana-mana individu yang mahu tingkatkan kesedaran masyarakat umum tentang masalah sexual predators yang sedang meingkat.


Dia turut memberi sokongan terhadap tindakan penyanyi rap Caprice yang sedang memperjuangkan isu tersebut serta mendedahkan perbuatan gangguan seksual terhadap remaja bawah umur.

Screenshot 2022 10 18 160037

Sokongan yang diberikan itu adalah kerana Caprice telah berjaya mendapatkan bukti-bukti yang jelas berkenaan jenayah yang dilakukan.

“Saya sokong sesiapa sahaja yang melakukan kesedaran awam berkenaan pemangsa seksual ini. Tambah pula jika ia melibatkan individu yang mempunyai akses kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur,” kata Farrah.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Farrah secara terbuka menyokong tindakan Caprice mendedahkan isu gangguan seksual terhadap remaja bawah umur walaupun ada pihak yang tidak bersetuju kerana itu seperti membuka aib.

Screenshot 2022 10 18 155908

Farrah berpendapat, tindakan Caprice itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pemangsa seksual. Selain itu, ini juga adalah salah satu cara untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa seriusnya perkara ini, menurut mStar.

“Tidak hairanlah dia menjadi platform untuk mangsa tampil dan membawa kes ke peringkat seterusnya,” tambah Farrah.

Farrah berkata, dengan semua bukti yang berjaya dikumpul ia jelas menunjukkan wujud satu jenayah bersiri yang serius dan sangat berbahaya kerana ia melibatkan si pelaku mempengaruhi mereka dan mendapatkan kepercayaan ibu bapa atau penjaga.

Sexual predators ni telah menjadi satu masalah yang serius kepada negara, apa pendapat korang tentang kesedaran masyarakat pasal isu ni?

Baca : “Vc dgn ustaz jap” – Lepas Kecoh Kes PU Azman, Caprice Kongsi ‘Story’ Dari Mangsa?

pu azman mangsa pedo 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.