“Vc dgn ustaz jap” – Lepas Kecoh Kes PU Azman, Caprice Kongsi ‘Story’ Dari Mangsa?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Vc dgn ustaz jap” – Lepas Kecoh Kes PU Azman, Caprice Kongsi ‘Story’ Dari Mangsa?

Kecoh diperkatakan semalam mengenai penceramah selebriti, PU Azman atau Azman Syah Alias yang hadir ke Mahkamah Sesyen semalam atas 5 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap 2 remaja pada Februari dan Julai tahun ini.

PU Azman yang juga dikenali sebagai Cik Man ini walau bagaimanapun telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Caprice dedah mesej PU Azman dan mangsa? 

Pun begitu, semalam, rapper terkenal, Caprice melalui IG story telah mendedahkan mesej yang diterimanya daripada seorang individu yang mendakwa dia mangsa kepada PU Azman.

Menurut individu berkenaan, suspek pernah berbalas ‘chat’ dengannya sebelum ini namun perbualan tersebut membuatkan dia berasa tidak selesa kerana mengandungi unsur-unsur yang ‘buruk’.

Individu itu juga telah berkongsi mesejnya dengan suspek yang mana pada awalnya PU tersebut telah meminta nombor telefonnya dan bertanya sama ada dia ‘budak nakal atau skema’.

Perbualan itu kemudian beralih kepada ustaz tersebut meminta supaya mereka melakukan ‘video call’ atau VC bersama.

Baru MangsaSumber: Instagram

Selain daripada pendedahan tersebut, ada juga mangsa lain yang mendedahkan pengalaman mereka pernah menjadi mangsa kepada penceramah itu kira-kira 4 ke 5 tahun lalu.

Cap 1Sumber: Instagram

“Pedofilia ialah satu jenayah” 

Caprice menerusi IG story kemudian telah menyatakan pendiriannya berkenaan kes ini dengan mengatakan bahawa pedofilia dan perbuatan sexual grooming merupakan satu jenayah yang berat.

Whatsapp Image 2021 04 20 At 11.46.20Sumber: Kosmo

Pedofilia is a jenayah. Sexual grooming is a jenayah. Siapa-siapa yang kata benda ni aib hang memang b*d*h. Tolong fahamkan perbezaan mengenai jenayah dan aib.

“Nur Sajat hang pergi tendang sampai dia berlari ke Australia. You have a ustaz yang suka lelaki, pedofilia. Lagi-lagi nak kata ni aib. Tolonglah jangan nilai orang dengan pakaian,” katanya.

Apa-apapun kes berkenaan PU Azman ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah. Oleh itu, tidak dapat dipastikan apa yang didedahkan oleh Caprice ini  benar atau tidak.

Kita sama-sama tunggu keputusan dari mahkamah berhubung kes ini ya. 

Baca: [VIDEO] PU Azman Hadir Mahkamah Atas Dakwaan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Fszvzvb

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Vc dgn ustaz jap” – Lepas Kecoh Kes PU Azman, Caprice Kongsi ‘Story’ Dari Mangsa?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/vc-dgn-ustaz-jap-lepas-kecoh-kes-pu-azman-caprice-kongsi-story-dari-mangsa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM