Farid Kamil Kongsi Video Sebab Anwar Layak Jadi PM Menjelang PRU-15

Tambah ke Sumber Pilihan
Farid Kamil Kongsi Video Sebab Anwar Layak Jadi PM Menjelang PRU-15

Menjadi seorang artis bukan alasan untuk tidak mengetahui perkembangan politik semasa ataupun tidak mengundi semasa pilihanraya. Namun, menjadi artis sebenarnya boleh dikatakan menjadi satu keistimewaan sebab dengan kuasa pengaruh tersebut jugalah boleh menarik minat rakyat Malaysia untuk turun mengundi.

Nak-nak kita hampir menjelang PRU-15 ni kan?


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang artis lelaki yang berkongsi sebuah video berkenaan hal politik yang  boleh dikaitkan dengan PRU-15 yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Farid Kamil kongsi video sebab Anwar layak jadi PM menjelang PRU-15

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil dilihat telah berkongsi sebuah video yang berbaur politik di laman Instagram rasminya iaitu berkenaan dengan kepimpinan Anwar Ibrahim dan menyenaraikan lima sebab mengapa Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri (PM) menjelang PRU-15.

Menerusi video tersebut, antara lima sebab yang disenaraikan seperti Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik Dunia pada tahun 1993 dan Menteri Kewangan Terbaik Asia pada tahun 1996.

Turut juga menyebut bahawa Anwar Ibrahim sangat dikenali oleh ramai pemimpin dunia yang mampu menarik pelabur dan tidak pernah terlibat mana-mana gejala rasuah sepanjang dirinya berkecimpung dalam arena politik.

Rupanya bukan kali pertama Farid Kamil menunjukkan kecenderungan dalam politik

Menurut MalaysiaKini, dia ada juga menyatakan rasa bahagia secara terbuka selepas PH menang dalam PRU-14 yang lepas dan Dr Mahathir Mohamad menjadi PM.

Sebelum ini juga, dia telah berkongsi satu hantaran mengenai dirinya berjumpa Presiden PKR itu dan beberapa ucapan daripadanya di laman Instagram rasminya.

“Bagai mimpi datang menyapa, ‘biar buta satu mataku, asalkan terbuka mata hati rakyat”. Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan.”

Hadap dugaan sehingga ditutup periuk nasi?

Atas keterbukaannya dalam berpolitik, Farid Kamil juga mendedahkan bawah dia pernah menghadapi pelbagai sekatan antaranya digam oleh produksi tempatan sehingga periuk nasinya sebagai pelakon dan seniman terjejas.

7N Faridkamilarrestedyesterday00Sumber: Portal

Dia juga pernah berdepan masalah lain seperti isu pembayaran atas naskhah yang pernah dilakonkan. Ada juga rakan-rakannya yang mula menjauhkan diri daripadanya kerana pegangan politik yang berbeza.

Sampai macamtu sekali ye!

Baca: Mahkamah Tolak Rayuan Pihak Pendakwa, Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara

Screenshot 2022 10 18 At 2.35.53 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syafiq Sham
Lagi tulisan Syafiq
Syafiq, 21 tahun dan berdarah pahlawan negeri Melaka. Seorang yang sukakan Nasi Lemak tidak kira waktu. Pencinta lagu Indonesia juga hanya apabila dia sendu. Paling penting, dia tak suka terung.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Farid Kamil Kongsi Video Sebab Anwar Layak Jadi PM Menjelang PRU-15
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/farid-kamil-kongsi-video-sebab-anwar-layak-jadi-pm-menjelang-pru-15/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM