Aksi Myvi Bergerak Guna 2 Tayar Elak Bertembung Lori Jadi Perhatian, Macam Babak Fast & Furious!

Tambah ke Sumber Pilihan
Aksi Myvi Bergerak Guna 2 Tayar Elak Bertembung Lori Jadi Perhatian, Macam Babak Fast & Furious!

Rasanya reputasi kereta Myvi di Malaysia ni dah tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau dilihat di internet, memang macam-macam adegan atau kisah menarik dan unik yang dilakukan oleh kereta Myvi, dari kebolehannya towing lori hinggalah ada yang menggunakan kenderaan ini di off-road. Pendek kata, Myvi ni memang serba boleh lah!

Bercakap pasal King of The Road ni, min nak kongsikan satu video yang memaparkan aksi sebuah kereta Myvi berwarna biru yang cuba untuk mengelak daripada dilanggar sebuah lori yang makan jalan. Kompem korang akan tengok ulang kali punyalah sebab memang power!


Tular setelah dikongsikan ke sebuah group Facebook dikenali sebagai DashCam Owners Malaysia, satu video pendek memaparkan aksi sebuah lori tangki minyak yang makan jalan ketika melalui satu selekoh dan Myvi biru dari arah bertentangan yang cuba mengelaknya.

Mungkin terkejut dengan kemunculan kenderaan berat itu, pemandu Myvi mengambil selekoh tajam untuk mengelak daripada terlanggar lori yang makan jalan itu sehingga terangkat dua tayar kirinya. Paling hebat, Myvi tu still jalan on point meskipun hanya guna dua tayar kanan depan dan belakang!

Korang boleh tengok video kat bawah ni:

https://www.facebook.com/1515317295/videos/pcb.1453030171874842/775859273479421

“Pasni satu Malaysia pakai Myvi jelah kompem accident jarang berlaku” – netizen

Meninjau ke ruangan komen, aksi Myvi terbabit nyata membuat pengguna media sosial ternganga dan kagum. Tak kurang juga ada yang geli hati melihat kebolehan Myvi berkenaan dan ada juga yang memuji kecekapan pemandu Myvi kerana boleh mengawal kenderaan dengan baik.

“Rasa molek sangat kalau pengarah fast furious ambik Myvi berlakon. Ganas sangat duduk Malaysia,” komen netizen.

“Kereta-kereta belakang lori tu semua mesti ternganga shook tengok Myvi buat stunt,” kata pengguna lain.

“Tabik la king! Hebat boleh kawal kereta, kalau tak naya.” kata yang lain pula.

Dalam pada itu, ramai juga pengguna media sosial lain yang menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama sekali di kawasan selekoh untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Syukur takde kejadian buruk berlaku…

Sumber: FB DashCam Owners Malaysia

Baca: “Memang king lah” – Netizen Terkejut Tengok Myvi Mampu Towing Lori

3Myvi E1662263026695

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aira Sahira
Lagi tulisan Aira
Seorang yang imaginatif dan gemar menulis. Sukakan haiwan dan anime. Lebih menggemari genre seram walaupun masih tutup mata bila hantu muncul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Aksi Myvi Bergerak Guna 2 Tayar Elak Bertembung Lori Jadi Perhatian, Macam Babak Fast & Furious!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/aksi-myvi-bergerak-guna-2-tayar-elak-bertembung-lori-jadi-perhatian-macam-babak-fast-furious/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM