Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Wanita Teruja Diajak Pergi ‘Date’ Tapi Lain Pula Jadi Bila…

Tambah ke Sumber Pilihan
Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Wanita Teruja Diajak Pergi ‘Date’ Tapi Lain Pula Jadi Bila…

Korang ada tak pengalaman pertama kali pergi blind date?

Kadang-kadang blind date tu akan jadi permulaan kepada satu perhubungan, tapi tak dinafikan boleh juga jadi kisah lucu dalam hidup.


Baru-baru ni viral satu video mengenai seorang wanita yang dah excited nak pergi blind date.

Menerusi perkongsian tik toknya, wanita yang dikenali sebagai @nikhajarr berkongsikan perkenalannya dengan seorang lelaki.

Setelah 4 tahun memegang status ibu tunggal, wanita itu rasakan ini adalah masa yang sesuai untuk dia membuka hatinya.

Ye la kalau tiba-tiba ada orang muncul untuk melindungi hidup min, min pun nak…

Tapi kegembiraan yang diharapkan jadi lain la pula.

Salah faham lah ni, rupa-rupanya nak jual perlindungan insurans lah, bukannya nak jadi pelindung rumah tangga…

Betul la orang kata baik baik ni ada makna, punyalah  beriya bersiap dengan pakai baju pengantinnya sekali kena game!

Korang yang nak blind date tu make sure tanya betul-betul, kalau tak penat je…

Gelagat lucu wanita ini bagaimanapun mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata terhibur dengan plot twist itu. Tapi korang jangan nak seronok sangat eh, penat tau nak bersiap macam tu!

Hanyalah gurauan

Namun setelah videonya viral, wanita itu kemudiannya menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Capture 5Sumber: Twitter

Ohhh lakonan je ke…

Walaupun hanya lakonan, kira menjadi la kan sebab ramai yang terpedaya sewaktu pertama kali menonton video itu.

Tak apa lah, mula-mula lakonan, mana tau nanti dapat betul-betul kan?

Min pun masih menanti tak ada siapa nak bawa min pergi blind date ke, tipu-tipu pun tak apa lah…

Baca : Perjelas Hubungan Cinta Dengan Bintang TikTok, Sidang Media Alvin Chong Terima Kecaman

Capture 1 6

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Anais
Lagi tulisan Anais
Peminat lagu lama, kopi, kucing, budaya, buku dan tak suka makan. Masih mencuba untuk menulis dengan baik.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Wanita Teruja Diajak Pergi ‘Date’ Tapi Lain Pula Jadi Bila…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/empat-tahun-jadi-ibu-tunggal-wanita-teruja-diajak-pergi-date-tapi-lain-pula-jadi-bila/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM