in

Perjelas Hubungan Cinta Dengan Bintang TikTok, Sidang Media Alvin Chong Terima Kecaman

Untitled 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Alvin Chong menerima kecaman ramai kerana dikatakan sedang menjalankan hubungan cinta bersama gadis bawah umur, Athalia Deena Buswani.


Melihatkan situasi yang semakin parah, Alvin Chong terpanggil untuk membuat sidang media bersama gadis terbabit dan ibunya, penyanyi Sharifah Zarina.

Whatsapp Image 2020 10 02 At 5 05 45 Pm

Terang Alvin Chong, dia dan Athalia hanyalah rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu. Pada mulanya, dia tidak mahu memanjangkan isu ini atau memberi apa-apa komen. Namun, apabila melibatkan isu gadis bawah umur, dia terpanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Saya agak perahsia jika berkongsi hal peribadi. Jika berkongsi dalam media sosial pun atas faktor kerja. Cuma, kali ini, saya tidak sangka, projek kerjasama dengan Athalia tular”

“Jika diikutkan, andai membabitkan diri sendiri, saya tidak mahu memanjangkan atau memberi komen. Namun, apabila membabitkan gadis bawah umur, saya perlu jelaskan perkara sebenar.”

Terang Alvin Chong lagi, kecaman tersebut membuatkan Athalia tidak dapat tidur selama beberapa hari kerana terkesan dengan isu panas ini. Jelasnya, mereka hanyalah keluar atas dasar bekerja dan ibunya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Alvin21

Sidang media Alvin Chong terima kecaman?

Meskipun tindakan Alvin Chong membuat sidang media tergempar adalah untuk menjernihkan keadaan, namun dia menerima kecaman daripada netizen yang beranggapan ini hanyalah gimik semata-mata dan tidak perlu dilakukan ketika pandemik sedang berlaku.

“Perlu ke buat sidang media…”

A 3

Bukan sahaja sidang media ini dikecam, admin akaun Twitter Universal Music juga dikecam kerana dikatakan membalas komen secara sarkastik.

B

“Boleh buat online je”

C 3

Untuk rekod, Alvin Chong dan Athalia dikatakan akan bekerjasama dalam satu projek lagu duet di saluran Youtube. Bagaimanapun, projek tersebut akan dilaksanakan selepas Athalia selesai menduduki SPM.

 

Sumber: Berita Harian

 

BACA: “Barang kena selam baru dapat” – Komen Nakal Zizan Terhadap Jennie BLACKPINK Dikecam Netizen

Cats 2

Sumber: Gempak
Sumber: Hot FM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.