in

“Dia pakar forensik ke ahli nujum?” – Netizen Berang Keputusan Pakar Forensik Kata Adib Tak Dipukul

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pihak bomba telah mengatakan berdasarkan kenyataan saksi dari pegawai-pegawai bomba yang berada di tempat kejadian, Adib telah dipukul. Manakala, kenyataan pihak kuil pula mengatakan Adib dilanggar dan mereka hanya di situ untuk membantu mengangkat Adib yang cedera.


Tiba-tiba, baru-baru ini kecoh di media sosial bila pakar forensik mengeluarkan kenyataan bahawa laporan bedah siasat ke atas Adib menunjukkan yang dia bukan dipukul tapi kecederaan itu mungkin dari impak dilanggar kenderaan.

Pakar forensik, Dr Ahmad Hafizam Hasmi mengatakan kecederaan pada tubuh badan Adib tak konsisten dengan kecederaan dipukul atau disepak.

“Selain itu, tiada kecederaan di muka, kepala, badan atau anggotanya yang lain yang menunjukkan dia dipukul atau luka mempertahankan diri.”

Tambahnya lagi, tulang rusuk pada bahagian belakang kiri Adib yang patah dipercayai berpunca dari hentaman objek keras seperti belakang parang adalah sangat mustahil dan tidak konsisten dengan corak kecederaan.

“Impak perlu kuat dengan menghayun jika dipukul belakang si mati.

“Jika objek itu ditarik juga mesti ada calar… si mati tiada calar di belakangnya.”

Ekoran dari kenyataan Dr Ahmad Hafizam di mahkamah pada Jumaat lalu, rata-rata netizen telah meluahkan rasa tak puas hati dengan laporan forensik ini.

Netizen tambah berang kerana menurut Awani Adib bukan ditarik keluar dari van, sama seperti keputusan bedah siasat yang menyatakan, dia keluar sendiri dari kenderaan tersebut. Ini kerana, hasil bedah siasat mendapat tiada kesan tarikan pada tubuh badan Adib.

Screenshot 2019 03 27 At 1.18.40 PmScreenshot 2019 03 27 At 1.19.11 PmScreenshot 2019 03 27 At 1.23.38 PmScreenshot 2019 03 27 At 1.23.53 PmScreenshot 2019 03 27 At 1.24.12 Pm

Namun, ada juga yang bersetuju dengan keputusan tersebut. Yalah, dia pun bercakap berdasarkan apa yang pihak dia jumpa semasa bedah siasat.

Screenshot 2019 03 27 At 1.32.13 PmScreenshot 2019 03 27 At 1.32.52 Pm

Apa-apa pun, kes kematian Adib masih belum selesai dan masih banyak lagi saksi yang belum memberi kenyataan. Jadi, kita doa je lah satu hari nanti kita akan dapat jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada Adib.

 

Baca: “Saya nak tengok muka orang yang bunuh anak saya” – Ibu Masih Belum Kuat Nak Tengok Berita Tentang Adib

Screenshot 2019 03 27 At 1.37.46 Pm

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.