in

Empat Remaja Korea Utara Kena Jadi Buruh Paksa Selama 10-12 Tahun Lepas Kantoi Tengok K-Drama Penthouse

Ft Korea Utara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama Korea Selatan yang popular, ‘Penthouse’ sudah mengeluarkan siri yang ketiganya pada bulan Jun yang lepas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan di seluruh dunia.


 

Penthouse

Fenomena drama itu telah tular ke negara jiran iaitu Korea Utara. Namun ini bukanlah berita gembira buat peminat Kdrama yang tinggal di negara naungan Kim Jong Un itu.

Menurut Sinar, empat remaja Korea Utara telah ditahan pada 25 Mei dan dijatuhkan hukuman menjadi buruh paksa di sebuah kem pendidikan selama 10 hingga 12 tahun. Kesiannya dia orang…

44F01F36 Db48 11Eb 9660 0B62A055B768 Image Hires 105003 E1629365777895

“Takkan sebab tu je kot”

Hukuman tersebut mengikut Akta Pengecualian Budaya Ideologi yang dikuatkuasakan di bawah naungan pemerintah Kim Jong Un. Remaja itu ditangkap semasa meraikan hari jadi salah seorang rakannya pada 25 Mei yang lalu. Mereka semua mendapat hukuman yang sama iaitu selama 10 tahun tapi sorang saja yang dikenakan hukuman sehingga 12 tahun.

Pihak polis Korea Utara telah merampas 30 drama Korea Selatan dan muzik Kpop yang  terdapat dalam pendrive mereka. Korea Utara melarang semua jenis hiburan daripada negara luar memasuki negara mereka.

“Banyak ke kes macam ni?”

Sebelum ni, seorang lelaki dihukum tembak sampai mati kerana dia didapati bersalah mengedar kandungan drama Korea Selatan kepada penduduk tempatan. Walaupun perincian tentang kes ini tidak didedahkan, pengedar video daripada Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun akan dijatuhkan hukuman sampai mati atau 15 tahun jadi buruh paksa jika didapati bersalah.

Menurut media, situasi semasa dibicarakan kes itu kelihatan scary dan empat remaja tersebut digari.

Takutnya nak pergi negara tu, risau kadang-kadang…

Baca: “Boleh tak google sebelum post apa2” – Minah Saleh Bikin Panas Panggil Manggis Candy Garlic

Manggis E1629366059202

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.