in

“Boleh tak google sebelum post apa2” – Minah Saleh Bikin Panas Panggil Manggis ‘Candy Garlic’

Manggis Dipanggil Candy Garlic Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai rakyat Malaysia dan mereka yang tinggal di kawasan tropikal, kita sudah semestinya mengenali buah-buahan tempatan seperti manggis yang kebanyakannya tumbuh di Asia Tenggara.


Walau bagaimanapun, buah manggis ni taklah ‘famous’ di negara barat walaupun ada ditanam dekat Hawaii dan Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, seorang ‘minah saleh’ telah memuat naik video di TikTok berkenaan dirinya baru menjumpai sebuah buah yang manis tapi isi dalamnya serupa macam bawang putih.

@missbedhead

Sweet Garlic Fruit?! #fruit #tastetest

♬ original sound – Michelle Brown

Buah ini tak lain tak bukan adalah buah manggis dan dengan senang hatinya dia memanggil buah tersebut sebagai ‘candy garlic’ atau ‘Sweet Garlic Fruit’. Haa biar betul! 

Lebih membuatkan netizen dari Malaysia dan Asia Tenggara triggered adalah cara dia membuka buah manggis tu. Dia guna pisau untuk potong buah manggis. Adoi! 

Pisau 4

Apa-apapun gadis bernama Michelle ni sangat menggemari buah manggis dan meminta netizen yang melihat video ini untuk mencubanya. Malah dia juga sempat bertanya kalau ada di kalangan netizen yang mengetahui apa nama buah tersebut.

 

“GIRL THAT IS NOT GARLIC” 

Rata-rata netizen yang kebanyakannya dari Malaysia berasa tidak puas hati melihat video tersebut dan memberitahu bahawa buah itu bukanlah bawang putih tetapi ia dipanggil manggis atau mangosteen dalam bahasa Inggeris.

Malah ramai juga yang menegur wanita itu cara yang betul untuk membuka manggis dan meminta dia memeriksa dahulu nama buah berkenaan sebelum membuat video untuk elak memalukan diri di TikTok.

Bukan Candy Garlic Komen

Lepas ni netizen Malaysia boleh buat content TikTok perkenalkan buah tempatan kita kepada dunia. Masih ramai yang tak tahu tu. 

Baca: “Orangnya steady tak sombong” – Viral Gambar Azlee Senario Niaga Buah Tepi Jalan, Netizen Puji & Pakat ‘Support’

Azlee

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.