“Elok-elok jadi kucing nak jadi habuk” – [VIDEO] Aksi Comel Dua Kucing Panjat Kipas Tarik Perhatian Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kucing memang dah jadi haiwan peliharaan yang common bagi pencinta haiwan. Ada yang sanggup ambil stray cat, beli di kedai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah. Namun, cara penjagaan kucing peliharaan ini juga perlu diambil kira lagi-lagi kalau kucing yang sentiasa berada di dalam rumah.

Viral video di Twitter yang memaparkan aksi comel dua ekor kucing sedang panjat kipas stand ketika pemiliknya meninggalkan kucing tersebut untuk pergi basuh pinggan.

Menurut posting @fazlinazhran di Twitter, dia hanya meninggalkan kucingnya hanya sekejap untuk pergi basuh pinggan tapi bila dah patah balik tengok kucingnya dah ada atas kipas. Comel lah diorang ni

Katanya selepas diteliti dia dapat tahu yang kucing-kucing tersebut rupanya melompat dari cat tree terus ke atas kipas.

Penat ja beli cat tree, depa naik cat tree tu sebab nak panjat atas kipas ja

Rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi kucing-kucing itu yang bersahaja panjat kipas stand. Alahaii, nakal eh kucing ni. Nasib baik comel. 

Innocentnyer muka

Atas kipas challenge sikit

Hmm, kucing ni ada je perangai eh

Baca : “Ingatkan ada orang kaler dia” – Seakan-akan Singa, Kucing Ini Jadi Tarikan di Wadi Rum, Jordan

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Lagi selesa pakai sneakers daripada heels