Berehat Seketika Lepas Mengah Turun Tangga 3 Tingkat, Gelagat Kucing Ini Jadi Perhatian

Jadikan sumber pilihan di Google
Turun Tangga

Kucing sememangnya antara haiwan yang menjadi kesayangan ramai. Mana taknya, kucing atau si bulus ini bukan hanya jinak, malah gelagatnya yang comel juga menambat hati pencinta haiwan.

Baru-baru ini, gelagat seekor kucing di Singapura telah pun menjadi perhatian apabila ia dilihat berehat seketika sebelum sambung menuruni tangga dipercayai kerana mengah.


Difahamkan, kucing comel itu berehat seketika setelah menuruni tangga tiga tingkat, lapor portal Mothership.sg.

Gelagat kucing itu telah sempat dirakam oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Maressa Zahirah menerusi FB Group Sayang Our Singapore’s Community Cat pada awal Disember lalu.

Artikel berkaitan: Kucing Jalanan Dari Malaysia Dinobat Juara Dunia, Kalahkan 1,500 Ekor Pesaing!

Artikel berkaitan: ⁠Kaki Terpaksa Dibalut, Kucing Ini Pernah 2 Kali Jatuh Dari Tingkat 7

Dalam video yang berdurasi selama 29 saat itu, dapat dilihat kucing itu berehat seketika sebelum ia menyambung perjalanannya untuk menuruni tangga.

Apa yang membuat ramai netizen terhibur ialah gaya kucing itu duduk ketika berehat di tangga tersebut kerana seperti manusia yang penat.

1 3Sumber: Facebook Maressa Zahirah via Sayang Our Singapore's Community Cats

Difahamkan, kucing tersebut merupakan kucing komuniti yang tinggal di kawasan Bedok Reservoir di Singapura.

Gelagat kucing ini telah menarik perhatian ramai kerana ia persis seperti manusia yang berehat selepas mengah berjalan.

Comel je kan kucing ni.

Sumber: Facebook, Mothership.sg

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Berehat Seketika Lepas Mengah Turun Tangga 3 Tingkat, Gelagat Kucing Ini Jadi Perhatian
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/berehat-seketika-lepas-mengah-turun-tangga-3-tingkat-gelagat-kucing-ini-jadi-perhatian/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen