in

“Ekzos kuat boleh menyebabkan kemalangan ke?” – Lelaki Berang Disaman Kerana Bunyi Ekzos Kuat

Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat motor di luar sana, pastinya mereka akan menjaga motor masing-masing dengan baik sekali. Mereka akan mengubahsuai motor mereka seperti yang diidamkan. Seperti yang kita lihat di luar sana, ada sahaja perubahan yang mereka lakukan pada motor dengan cara yang sangat kreatif.


Tetapi kita semua tahu, undang-undang di Malaysia tidak membenarkan pemilik motor mengubahsuai motor mereka dengan cara yang berlebihan. Baru-baru ini tular satu perkongsian, di mana lelaki ini meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila ada pihak berkuasa yang menganggap individu yang mengubahsuai motor ini adalah salah satu punca berlakunya kemalangan.

“Jom berdebat sikit. Kepada PDRM dan JPJ, ekzos ini terbukti bunuh orang ke?”

Menurut perkongsian lelaki ini, baru-baru ini abangnya baru sahaja disaman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Gambir kerana bunyi ekzosnya yang kuat. Tetapi dia pelik, mengapa apabila berlakunya kemalangan, tiada tindakan lanjut yang dilakukan oleh pihak berkuasa ini.

Ekzos 4
gambar hiasan

“Brader aku ini baru kemalangan awal tahun ni. Kes langgar lari di flyover Greenlane, kereta Alphard/Velfire putih. Buta-buta je retak kaki dia. Apa PDRM dan JPJ buat? Kamera ada, bila tanya katanya tak jelas.”

Tambah lelaki itu, sekiranya kemalangan yang melibatkan menteri besar, pasti mereka akan menyiasat kes tersebut walaupun kamera yang ada di situ tidak jelas.

Malah mereka menganggap abangnya itu adalah seorang mat rempit hanya kerana menguatkan bunyi ekzos.

Ekzos 3
sumber: facebook

So isu yang aku nak cakap ni pasal ekzos. Nak cakap semua yang tukar ekzos ni mat rempit atau samseng jalanan ye? Atau ekzos ni boleh buat motor hilang kestabilan sampai terguling-guling?”

Dia tidak berpuas hati kerana ada pihak berkuasa yang menganggap dengan menukar jenis ekzos atau menguatkan bunyinya antara punca kemalangan di Malaysia dan dengan senangnya mereka mengeluarkan saman.

Katanya, niat mereka untuk menukar bunyi ekzos supaya orang ramai sedar akan kehadiran motor mereka agar tidak terjadinya kemalangan.

Ekzos 6
gambar hiasan

“Salah sebab undang-undang tak bagi ubah suai? Dulu jpj tak bagi mody masuk disk belakang, sekarang boleh pulak. Sebenarnya apa pendirian jpj? Ada kaji ke tidak sebelum keluarkan apa-apa undang-undang?”

Dia turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa ini mengeluarkan undang-undang berasaskan keselamatan atau pun duit. 

Ekzos 5
gambar hiasan

“Negara kita boleh keluarkan ekzos racing sendiri. Boleh diimport, boleh dijual dan dibeli. Tapi bila guna, disaman?”

Menurut perkongsian lain pula, tidak salah untuk menggunakan ekzos tersebut kerana telah dijual di sesetengah kedai, bermakna pihak kastam sudah meluluskan barangan tersebut.

“Kalau benda haram, haramkan terus. Ni dah makan duit cukai, import, GST, then saman pulak. Apa cerita ni?”

Dia juga sebelum ini pernah melanjutkan kes ini kepada pihak mahkamah. Tetapi apa yang mampu diperkatakan oleh inspektor pada masa itu hanyalah, “Yang Arif, walau apa pun alasan diberikan, tertuduh tetap bersalah kerana telah melanggar akta bla bla bla..”

Ekzos
sumber: facebook

“Ini je mampu jawab? Kenapa tak fire aku balik kalau point-point aku salah? Kenapa tak nak jawab? Aku kecewa dengan jawapan dia.”

“Kami nak disedari sepanjang waktu. Tak suruh layan macam artis pun. Nak masuk simpang signal, nak tukar lane signal. Jangan dah belok baru signal. Jangan sambil belok sambil signal. Jangan signal terus belok. Tu saja”

Dia turut menambah, setiap apa yang dibuat pasti ada sebab mereka yang tersendiri. Niatnya bukan untuk merempit tetapi untuk melindingi diri mereka sebaik yang boleh.

Kalau kena dengan niatnya, betul lah kan.. 

Baca: Orang Ramai Herdik Pegawai MBPP Kerana Clamp Kereta Wanita yang Bawa Ibu OKU

Clamp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.