in

EKSKLUSIF : Netizen ‘Complaint’ Harga Makanan Di Bazar Mahal & Tak Berbaloi?

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata bila masuk bulan puasa mesti akan singgah bazar ramadan kan? Lagi-lagi kalau yang bekerja tu, kadang-kadang tak sempat nak buat apa-apa memang beli je lah makanan kat sana.


Selain tu, dekat bazar ramadan ni lah kita dapat makan makanan-makanan yang menjadi pilihan masa bulan puasa, antaranya roti john, murtabak, kuih muih, ayam percik dan macam-macam lagi lah.

Namun begitu, dekat media sosial, ada dilihat beberapa netizen telah meluahkan rasa tak puas hati dengan harga di bazar yang dikatakan naik mendadak tahun ni. Bukan itu sahaja, kualiti makanan juga dikatakan tidak setanding dengan harga yang dibayar.

Tak cukup dengan itu, ada juga segelintir peniaga yang tak jujur dan telah memberikan makanan yang dah busuk atau rentung tanpa disedari oleh pembeli.

Berikut antara perkongsian netizen di media sosial :

Ko susun elok2 bertingkat…sedap bau…smp rumah nak hidang abis rentung rupanya….dugaan puasa pertama….nak carut ilang pahala… nak pulang rasa x baloi….ngap jeee laaa buka nt…

Posted by Jebon Hisham Shahrul on Thursday, March 23, 2023

Fr6Yqhkaqaichct

Disebabkan ini, Lobak Merah telah membuat tinjauan untuk meminta pendapat netizen mengenai harga di bazar ramadan tahun ini. Ini adalah antara respon-respon yang diterima:

“Semalam saja-saja pegi bazar kat Kajang sebab nak tengok kuih apa yang ada. Sekali terkejut bila tengok harga.

Untuk kuih sahaja rata2 sepeket yang ada 4-5 ketul kuih harga rm4. Ketayap je ada 5 ketul, harga rm4.

Aku beli tepung pelita 5 ketul rm5. Bagi aku kalau nk naikkan harga, naikkan kuantiti and kualiti makanan tu.” – Kassim, 25.

Bapak mahal la, I bought ayam percik and nasi tomato. RM32. Nasi tomato RM13, ayam percik RM15. Kuih 4.” – Navin, 27.

“Terlampau mahal… Kuih jadi 3, RM2. Tu pun potong kecik-kecik.” – Tinytinot, 33.

This year ketara mahal sangat-sangat. Roti john kosong RM8, Ada isi RM12.”- Adura, 23.

“Mahal. Premium tapi tak premium pun.” – Tasya, 26.

“Some okay (harga) and some not, mostly some’pah'” – Haziq Akid, 29.

“Bazaar Ramadhan Puncak Jalil, beli popia goreng Pedas, sebiji seringgit, terkedu kita.

“Lepas tu gerak lah ke hujung sikit, Ada dua Lagi gerai jual popia goreng pedas, satu set RM4 (6 batang)!! Ku menangis.” – Leo Edwin.

“Not only about price… The quality not up to the standard… Bayar lebih kualiti kurang.” – Ahmad Faisal Mohamed Fiah.

“Mahal berganda-ganda. Roti john nipis tak ada isi daging RM8. Kualiti makan out sangat. Lepastu terbeli karipap batu, keras sangat. Popia carbonara tak ada isi, calit-calit je keliling popia.”- Syaida, 32.

“Yahudi! For me quite expensive. Roti john biasa RM8, special RM10. Samosa lupa harga tapi inti sikit, wrap je lebih. Macam tak balanve. Air minum cawan plastik RM4 besar RM7 tapi teh bunga je jot. For me memang mahal.” – Ariff Shaharim.

Namun berbeza dengan Izzah, 25 mengatakan harga bazar Ramadan ini bergantung dengan kawasan yang kita pergi. Di tempatnya, Jalan Kuching, harga masih lagi reasonable.

Bergantung pada tempat, setakat ini dekat area saya masih reasonable lagi.”

Kebanyakan netizen bersetuju yang harga di bazar tahun ini memang mahal berbanding sebelum dan kualiti makanan pula tak seperti yang diharapkan.

Hm, min harap peniaga mungkin boleh peka. Kita faham yang tapak bazar sendiri pun dah mahal belum campur kos makanan lagi tapi kalau boleh jagalah kualiti makanan supaya orang yang membeli pun puas hati dengan harga yang dibayar.

 

Baca: Pelanggan Kena Scam, Kecewa Sikap Peniaga Bazar Sorok Murtabak Rentung

Murtabak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.