Pelanggan Kena Scam, Kecewa Sikap Peniaga Bazar Sorok Murtabak ‘Rentung’

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelanggan Kena Scam, Kecewa Sikap Peniaga Bazar Sorok Murtabak ‘Rentung’

Apabila tibanya bulan puasa ini, mesti ada dalam kalangan kita yang tak sabar nak pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Cuba korang share apa yang korang selalu beli dekat bazar?

Bagaimanapun, dengan rasa seronok dan teruja itu, ada kalanya kita berdepan dengan pengalaman yang tidak baik seperti posting yang tular baru-baru ini.


Seorang individu telah memuat naik beberapa gambar ke laman Facebook sambil meluahkan rasa kecewa terhadap makanan yang dibelinya di bazar Ramadan.

“Kau susun elok-elok bertingkat. Sedap bau, sampai rumah nak hidang habis rentung rupanya. Dugaan puasa pertama. Nak carut hilang pahala, nak pulang rasa tak berbaloi. Ngap (makan) jela buka nanti..” tulis lelaki tersebut di perkongsian itu.

Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat murtabak yang dibelinya itu hangit dan hitam, namun peniaga tersebut bertindak untuk menyusun hidangan itu secara bertingkat.

Difahamkan, ketika membeli peniaga tersebut telah pun siap sedia membungkus murtabak itu dengan elok untuk semua pelanggan yang mahu membeli.

Namun, apabila lelaki itu tiba di rumahnya dia terkejut melihat keadaan murtabak itu selepas diterbalikkan.

337677174 221133477236756 1047899703065002623 N

Dia bertindak memuat naik gambar tersebut sebagai bahan bukti, di mana sekeping daripada tiga murtabak yang dibelinya itu rentung sehingga hitam legam.

Walaupun dihadirkan dengan ujian pada bulan yang mulia ini, individu berkenaan tidak menyatakan lokasi bazar Ramadan yang dikunjunginya itu.

“Murtabak smoke ni..” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menumpang rasa kesal kepada individu tersebut, namun ada juga warganet yang cuba untuk bergurau demi menghiburkan hati yang ditimpa ujian pada bulan Ramadan ini.

Screenshot 2023 03 27 114836

Hmm kalau dapat macam ni hilang juga la mood nak makan tu..

Sumber : Facebook

Baca : “Sos je meriah” – [VIDEO] Gadis Kecewa Beli Roti John Tapi Inti ‘Hilang’

Gadis Kecewa Beli Roti John Tapi Inti Hilang 728X383 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelanggan Kena Scam, Kecewa Sikap Peniaga Bazar Sorok Murtabak ‘Rentung’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelanggan-kena-scam-kecewa-sikap-peniaga-bazar-sorok-murtabak-rentung/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM