in

“Eee jijik!” – Pesara Guru 60 Tahun Bercinta Dengan Pelajar Perempuan 14 Tahun Sejak 2 Tahun Lepas

Tembakmati

Dua mayat dijumpai di sebuah bilik dekat sebuah resort di wilayah Khon Kaen dengan kesan tembakan di kepala mereka. Menurut Asia One, kedua-dua mayat itu kemudian dikenal pasti sebagai Prasit Rupanya, 60, dan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang bersekolah di daerah Muang Khon Kaen di Isan, Thailand.

Mayat itu dijumpai oleh staf resort tersebut selepas mereka gagal menjawab ketika pintu bilik diketuk. Difahamkan, mereka berdua tidak keluar untuk check out pada jam 9 pagi seperti yang dijadualkan.

Jadi, staf itu terpaksa menggunakan kunci pendua untuk buka pintu dan ketika itulah dia ternampak dua mayat itu terbaring bersebelahan di atas katil sebelum menghubungi polis.

Katil
gambar hiasan

Menurut pihak polis, mayat gadis itu dijumpai di sebelah kanan lelaki terbabit dan peluru dari tembakan dijumpai di bahagian kiri kepala mereka. Mereka dikatakan berpakaian sempurna dan tiada kesan berlaku pergaduhan atau pergelutan.

Ketika disoal siasat, staf memberitahu mereka berdua tiba menaiki pick-up truck dan mendaftar masuk pada jam 5.40 petang hari sebelumnya. Selepas siasatan dilakukan, pihak polis percaya pesara guru itu telah menembak gadis tersebut terlebih dahulu sebelum menembak dirinya sendiri.

Mayat 1
gambar hiasan

Polis juga memberitahu, rakan pesara guru itu mendedahkan bahawa dia telah diceraikan oleh isterinya dan menjalinkan hubungan cinta bersama pelajar perempuan itu sejak 2 tahun lepas.

Bagaimanapun, dia mula tak keruan dan cemburu selepas gadis itu mahu memutuskan hubungan dan sudah mempunyai teman lelaki baru.

Pistol berukuran 9mm itu telah dihantar untuk diperiksa jika ada kesan cap jari pihak ketiga. Kes masih belum selesai sepenuhnya dan sedang disiasat.

Macam mana boleh bercinta dengan jurang umur yang macam tu?!

Baca: Lelaki Kantoi Upah Hitman Dari Dark Web Untuk Bunuh BF Baru Perempuan Simpanan Dari M’sia Sebab Jealous

Collage 35