in

Lelaki Kantoi Upah Hitman Dari Dark Web Untuk Bunuh BF Baru Perempuan Simpanan Dari M’sia Sebab Jealous

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua benda yang korang terfikir atau tak terfikir ada dekat dunia ni korang boleh jumpa dekat dalam dark web. Sebabtu bukan sebarangan orang je yang boleh masuk dalam ni. Dengan lambakan benda-benda terlarang dalam tu, korang ada potential untuk jadi ‘gila’ tau.


Menurut CNA, seorang lelaki yang dah berkahwin mempunyai affair dengan salah seorang rakan kerjanya telah mengupah hitman dari dark web untuk membunuh teman lelaki baru perempuan simpanannya.

Yq Allenvincent 17072019 1
Sumber: the straits times

Ceritanya, lelaki dari Singapura, Allen Vincent Hui Kim Seng, 47 tahun ini mula mempunyai affair dengan wanita berusia 30 tahun dari Malaysia ketika mereka bekerja bersama pada April 2016.

Wanita ni tahu yang Allen dan berkahwin, tapi sebabkan lelaki ni janji yang dia akan ceraikan isterinya, wanita ini bersetuju untuk bersama dengannya.

Namun, selepas setahun, Allen tak menunjukkan apa-apa tanda yang dia akan tinggalkan isterinya. So, wanita ni pun mula jauhkan diri dari Allen dan akhirnya menamatkan perhubungan mereka pada Februari 2018.

Walaupun dah tak bersama, Allen dan wanita ini masih menghubungi satu sama lain dan dia terus-terusan cuba untuk memikat semula hati wanita tersebut dengan membeli hadiah dan membayar sewa rumah wanita ini.

Jumpa orang baru

Perempuan simpanan ini dah mula bekerja di tempat baru dan bertemu dengan seorang lelaki pada April 2018.

Selepas Allen dapat tahu bekas perempuan simpanannya ini ada bf baru, dia mula stalk media sosial wanita ini untuk mencari lelaki yang berani ‘merampas’ kekasihnya itu.

Disebabkan api cemburu yang tak dapat dikawal, Allen mula google untuk mencari pembunuh upahan dan memuat turun browser untuk akses ke dark web dan menemui satu website yang menyediakan khidmat pembunuh upahan.

Gambar hiasan

Pada awalnya, Allen meminta pembunuh upahan ini untuk memotong tangan kanan lelaki tersebut dan simbah asid pada mukanya sebelum ubah fikiran dan minta mereka untuk membunuh saja lelaki itu.

Menurut arahan Allen, dia menyuruh pembunuh upahan itu untuk membuat pembunuhan tersebut nampak seperti kemalangan kereta dan ia perlu dibuat pada 22 Mei tahun lepas.

Bagaimana pun, beberapa hari sebelum hari ‘kejadian’, seorang wartawan CBS memberitahu kedutaan Singapura di Washington DC tentang order pembunuhan seorang lelaki Singapura bakal dijalankan pada 22 Mei 2018.

Kedutaan Singapura telah memberitahu pihak berkuasa di Singapura tentang maklumat ini dan menahan Allen pada 17 Mei. Dia disuruh untuk membatalkan ordernya dan menarik balik pembayaran yang dah dibuat ke dalam website tersebut.

Ish, jealous punya pasal sampai sanggup keluar duit berpuluh-puluh ribu. Macamlah perempuan tu datang balik kalau lelaki tu mati.

 

Baca: 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pembunuhan Lelaki di Stesen Minyak Johor Bahru

Screenshot 2019 07 18 At 10.40.36 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.