in

Dulu Viral Berlegar Minta Duit Tepi Jalan, Kini Kanak-kanak Ini Bakal Bergelar Tahfiz

Feat Ustaz Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial kisah mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia 9 tahun datang mengetuk tingkap kereta seorang lelaki untuk meminta sedikit wang.


Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook iaitu Dzul Ikh Wan itu telah berjaya meraih perhatian netizen yang simpati dengan nasib keluarga kanak-kanak tersebut yang dikatakan susah.

Bukan itu sahaja, malah perkongsian ini juga turut mendapat perhatian pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew yang telah tampil untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga kanak-kanak itu.

Feat Fb Ustaz Post

 

Mempunyai 11 orang adik-beradik

Menurut postingan Ustaz Ebit Lew melalui laman Facebook rasminya, beliau telah melawat ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut dan berbual-bual dengan mereka.

Ibu bapa kanak-kanak itu turut meluahkan rasa syukur dengan bantuan zakat Selangor yang diterima mereka sebanyak RM900 sebulan.

Walau bagaimanapun, mereka masih hidup dalam keadaan yang sederhana di samping mempunyai seramai 11 orang anak.

Fb Ustaz 2

 

Nanti ustaz bayarkan yuran semua

Menurut Ustaz Ebit Lew, beliau telah menawarkan kepada anak-anak pasangan tersebut untuk bersekolah di Madrasah Tahfiz.

Saya terus kata siapa nak masuk madrasah. Sekolah agama, Asrama. Nanti ustaz bayarkan yuran semua.

Adik keluar dari sini. Esok balik jadi imam besar.

Terdapat juga cerita-cerita motivasi untuk anak-anak pasangan berkenaan dan mereka semua bersetuju untuk bersekolah di sana.

Ustaz Ebit Lew juga bermurah hati untuk membawa adik-beradik tersebut keluar untuk didaftarkan di madrasah.

Menurutnya, tiga orang adik-beradik lelaki telah didaftarkan di Madrasah Tahfiz Al-Quran Ibnu Talib di Melaka. Manakala, seorang adik perempuannya pula telah didaftarkan di Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Hj Husin.

Baik sangat anak ni. Sayu jer bila semua dah pakai jubah-jubah. Baik jer semuanya. Excited nak masuk asrama.

 

Belanja KFC

Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit Lew juga turut membelikan adik-beradik tersebut pakaian dan barang keperluan yang lengkap untuk memulakan persekolahan dan juga makan KFC.

Fb Ustaz 4

Feat Fb Ustaz Jubah

Mulianya hati ustaz.

 

Berlari ucap terima kasih – Bakal pemimpin masa depan

Sebelum balik, empat beradik ini telah berlari sambil menangis untuk bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz kerana membantu mereka sekeluarga untuk menyambung pelajaran di pusat tahfiz tersebut.

Mereka turut meluahkan rasa bahagia dan seronok untuk memulakan persekolahan di madrasah tersebut.

Ustaz Ebit Lew turut meluahkan rasa berpuas hati dapat membantu keluarga ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada netizen yang telah menularkan kisah adik ini di laman sosial sebelum ini.

Puas rasa. Bakal pemimpin masa depan.

Rezeki takdir. Siapa sangkakan. Tadi viral tepi jalan, sekarang bakal jadi daie hafiz alim.

 

True inspired Ustaz Ebit Lew – Netizen

Postingan ini berjaya meraih sebanyak lebih daripada 200,000 likes dan 9,000 shares. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan murni pendakwah tersebut.

Fb Komen Ustaz 1

Fb Komen Ustaz 2

Fb Komen Ustaz

Semoga perlakuan murni Ustaz Ebit Lew dapat jadi ikutan buat semua. 

Baca: “Ikhlas nak bantu” Netizen Puji Sikap Murni Ustaz Ebit Lew Bantu Penjara di Kedah Baca Ustaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.