Sejak peluang kebebasan bersuara makin terbuka luas lepas BN tumbang PRU14, ramai antara netizen mula up satu persatu isu ke media sosial. Antara isu yang jadi perhatian hangat di Twitter ialah penyelewengan dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM100 juta!
Menurut pengguna Twitter bernama Azlan, dia mendakwa Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan yang mesra dipanggil ‘Abah’ ni tak layak dijadikan idola ataupun calon PM seperti digembar-gemburkan beberapa pihak. Aik apsal pulak? Bukan ramai yang suka Abah ke?
“Ayok… makin ramai atlet bersuara. Aku pun tak tahu apa korang sayang sangat kat ‘Abah’ korang tu. Duit KBS RM100 juta hilang pun dia boleh cakap tak perasan hilang. Orang macam tu nak dijadikan idola dan PM? Mari kita tunggu dan lihat berapa ramai lagi atlet yang akan tumpahkan air teh.”
Bersama tweet tersebut, Azlan jugak kongsikan rungutan atlet yang mengadu tak dibayar 4 hingga 6 bulan lamanya. Pun begitu mereka ni tak berani bersuara sebelum ni kerana bekerja sebagai atlet SEPENUH MASA.
Kesian atlet yang tak dapat bayaran tu!
Perkongsian tweet tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang mengecam Khairy atau KJ sebagai menteri paling corrupt daripada menteri-menteri BN yang lain. Wuish korang biar betul ni?
Namun tak semua netizen bersetuju dengan tweet dari Azlan. Ada jugak yang komen mengatakan KJ tak terlibat dalam skandal RM100 juta dan kes ini dah berlaku sebelum KJ jadi menteri lagi. Erk mana satu nak percaya?
Dan lebih menyakitkan hati, seorang netizen mengecam atlet yang terlibat dengan mengatakan mereka tak boleh bergantung kerja dengan jadi atlet saja. Kena cari income lain jugak untuk tampung kehidupan. Namun tweet netizen tu kena bash beramai-ramai oleh netizen lain. Ish, ish, ish!
Apa-apapun kami harapkan isu ni cepat-cepatlah diselesaikan dan atlet yang belum dapat bayaran tu diberi perhatian sewajarnya. Kesian nasib atlet-atlet ni tak dapat bayaran. Fikir-fikirlah mereka pun ada keluarga yang nak diberi makan.
Sejak BN kalah PRU, abah dah bukan kegemaran korang kan? Tahulah korang ada bae baru, Syed Saddiq. Hiks!
Baca: “Orang macam ni lah negara perlukan!”