“Orang macam ni lah negara perlukan!”

Jadikan sumber pilihan di Google
“Orang macam ni lah negara perlukan!”

Selepas Pakatan Harapan berjaya menjatuhkan Barisan Nasional pada PRU14, ada yang masih tak percaya tapi ada juga yang dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Salah seorang daripadanya adalah Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan kita yang nampak sangat matang mengakui kekalahan dan sedia menyerahkan tugas memimpin golongan belia kepada pemimpin muda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Gracious Interaction Between Syed Saddiq And Kj Are The Politics That Msia Needs World Of Buzz 3
Sumber: The Star
Gracious Interaction Between Syed Saddiq And Kj Are The Politics That Msia Needs World Of Buzz 4
Sumber: Perak Today

 

Syed Saddiq dan KJ tak berbalah walau lain parti

Menerusi akaun Twitter, Syed Saddiq yang menang kerusi parlimen Muar berterima kasih atas usaha KJ dalam agenda pembangunan belia dan memuji cara KJ membimbing anak muda negara sebelum ini. Dia juga berharap dapat bekerjasama dengan KJ suatu hari nanti.

Sebagai respon balas, KJ berharap Ketua Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berusia 26 tahun itu dapat memimpin golongan belia dengan baik di masa akan datang.

Alcnalcnlanc
Sumber: Twitter
Ndalsjlas
Sumber: Twitter

 

Netizen puji sikap profesional KJ dan Syed Saddiq

Bila melihatkan sikap profesional yang ditunjukkan oleh KJ dan Syed Saddiq, ramai memuji kesopanan mereka terhadap individu dari parti yang berbeza. Katanya, macam ni lah baru boleh jadi contoh untuk semua. Wah bagusnya dorang ni! 

Ada seorang penyokong PH siap komen mengatakan dia nampak KJ memang ikhlas menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Kita semua nak Malaysia yang lebih baik, jadi memang patut berbaik-baik antara satu sama lain kan?

Gracious Interaction Between Syed Saddiq And Kj Are The Politics That Msia Needs World Of Buzz 5
Sumber: Astro Awani

Amboi, ada yang siap suggest Abah KJ tukar parti politik lagi supaya boleh bekerjasama dengan Syed Saddiq. Macam-macam lah korang ni kan.

Pape pun, cara mereka ni memang boleh jadi contoh untuk semua dan semoga negara kita akan semakin hebat lepas ni!

Baca: KJ Beri Peringatan Jangan Bagi Alasan Untuk Tak Mengundi Walaupun PRU Jatuh Hari Bekerja

Adsd

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Orang macam ni lah negara perlukan!”
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/orang-macam-ni-lah-negara-perlukan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen