Dua Kumpulan Lelaki Bertengkar dan Menyerang Satu Sama Lain Di Restoran Nasi Kandar Pulau Pinang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dua Kumpulan Lelaki Bertengkar dan Menyerang Satu Sama Lain Di Restoran Nasi Kandar Pulau Pinang

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Anda mungkin kena lebih berhati-hati kalau nak lepak mamak lepas ni. Takutlah kalau tiba-tiba terkena kerusi atau ayam goreng melayang ke muka pulak.

Baru-baru ini tersebarnya rakaman video di laman Facebook akan pergaduhan dua kumpulan lelaki di restoran nasi kandar terkenal dekat Taman Chai Leng di Pulau Pinang.

Rakaman tersebut diambil dari CCTV restoran itu yang menunjukkan dua kumpulan lelaki tiba-tiba bertikam lidah dari meja masing-masing atas sebab yang tidak diketahui. Pertengkaran tersebut kemudian berubah menjadi ganas apabila masing-masing mula membaling barang kepada satu sama lain. Ayam goreng pun ikut melayang sama!

Tidak tahan lagi dengan tindakan satu sama lain, salah satu kumpulan bangkit dan mula menerkam ke arah kumpulan lain. Staf dan pelanggan yang berada di dalam restoran tersebut berlari mencari perlindungan dan sedaya upaya menjauhkan diri dari pergaduhan itu.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Rakaman kedua CCTV tersebut pula menunjukkan pergaduhan yang sama dari sisi yang berbeza, di mana dua orang lelaki menyerang antara satu sama lain sehingga melarat ke bahagian dapur. Aih makin bahaya ni! 

Pekerja di dapur restoran panik berlari keluar dari bahagian tersebut untuk mengelakkan dirinya dari terkena tempias pergaduhan itu.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menurut NST, pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku namun punca pergaduhan masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, pihak polis sudah mengenalpasti tiga lelaki di dalam rakaman itu dan mereka kini dikehendaki untuk membantu siasatan.

Tak elok bergaduh depan rezeki. Kalau lapar sangat pun, cuba bawa-bawa bertenang dulu. Sabar kan separuh dari iman? 😛

Baca: Pemilik Restoran di Sungai Long Buli Pekerja Dengan Meminta Pekerja Lain Belasah Mangsa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!