in

Dua Pasang Kekasih Kena Serbu Kantoi Tinggal ‘Bersama’ Satu Rumah, Rupanya Dah Setahun!

Featured 15

Seramai 30 penduduk termasuk badan bukan kerajaan (NGO) menyerbu sebuah rumah di Seberang Takir, Kuala Nerus Terengganu berjaya membongkar ‘rahsia’ dua pasangan kekasih yang tinggal bersama tanpa ikatan yang sah.

Rupanya setelah diselidiki, dilaporkan yang mereka telah tinggal serumah sejak setahun yang lalu.

Malah 2 pasang kekasih itu juga tidak mengendahkan penduduk setempat meskipun rumah itu telah diserbu beberapa kali sebelum ini, lapor Berita Harian.

Ketika serbuan pukul 10 malam pada Ahad, ada tiga individu dalam rumah tersebut iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan ibu tunggal. Namun salah seorang lelaki yang juga pemilik rumah tersebut sempat melarikan diri sewaktu serbuan dilakukan.

106029155 309320047114558 5163725986052745985 N

Dua individu yang berada di dalam rumah mengaku mereka adalah pasangan kekasih dan tinggal bersama dua lagi rakan iaitu lelaki yang melarikan diri sebelum ini serta kekasihnya yang secara kebetulan keluar membeli barang ketika serbuan.”– Ketua Skuad Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, Zainuddin Awang

Ujarnya, wanita berusia 30an itu mengaku lari dari rumah kerana ingin tinggal bersama kekasihnya.

Bagaimanapun Zainuddin berkata, pihaknya hanya memberi nasihat namun jika masih berdegil tindakan tegas akan diambil keatas mereka.

 

Baca : Ingat BF tanam atau bakar- Cebisan Tubuh Mayat Bayi Lelaki Dibuang Dalam Lubang Najis, Suspek Baru 20an?

Baca 17 10