in

“Ingat BF tanam atau bakar”- Cebisan Tubuh Mayat Bayi Lelaki Dibuang Dalam Lubang Najis, Suspek Baru 20an?

Feat 25

Menyedihkan apabila cebisan anggota badan mayat bayi lelaki yang dilahirkan awal bulan ini ditemukan dalam lubang kumbahan najis di sebuah rumah di Kampung Kandang, Melaka petang semalam.

Menurut laporan, bayi tersebut yang berusia antara lima hingga tujuh bulan itu dipercayai sudah meninggal dunia ketika dilahirkan di sebuah rumah di Taman Perkota Bukit Baru, Melaka.

Mayat bayi itu kemudiannya dibuang di lubang berkenaan yang terletak di belakang sebuah rumah, lapor Harian Metro.

104402102 283296343123748 2239894691057463042 N

Bayi itu ditemukan seorang lelaki yang merupakan pengurus pengawal keselamatan sebuah kilang di Batu Berendam kira-kira pukul 9.30 pagi.

 

Ini cerita perkongsian lelaki tersebut…

Menurutnya seorang pekerja wanita kilangnya yang berusia 23 tahun telah makan sejenis ubat yang dibeli di facebook bertujuan untuk gugurkan kandungan sebelum dia melahirkan anak di rumah sewanya.

Malah bayi lelaki itu sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan. Wanita itu kemudiannya serahkan kepada teman lelakinya yang berusia 25 tahun (kerja di kilang lain) pada malam hari.

Wanita yang berasal dari Sungai Rambai, Jasin, juga memaklumkan beliau tidak pasti sama ada teman lelakinya menanam atau membakar (mayat) bayi terbabit.

104694763 283296506457065 7581788389452635068 N

Jadi, susulan itu anggota dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) IPK Melaka dan pasukan forensik buat pemeriksaan kat rumah sewa wanita tersebut. Di situlah wanita itu tunjukkan tempat dia lahirkan bayi lelaki itu.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tempat bayi itu dilahirkan adalah dalam tandas berdekatan bilik di rumah itu manakala tempat kejadian seterusnya adalah di bilik tidur suspek,”

Selepas soal siasat kedua-dua suspek, akhirnya ditemukan lokasi mayat bayi tersebut dibuang.

105565798 283296409790408 1674067387709376161 N

Bagaimanapun polis dengan bantuan jabatan bomba hanya menemukan cebisan tubuh bayi tersebut dan masih mengesan beberapa lagi bahagian tubuh.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana sembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dan berdepan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

Baca : Ingatkan nak dukung je -Ibu Ini Nyaris Hilang Nyawa Anak Lepas Mentua Suap Air Masak Dekat Bayi

Baca 17 7

Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: facebook