in

Dua Lelaki Kantoi Mencuri Ugut Rogol Wanita Yang Rakam Kegiatan Mereka

Curi Mangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Lelaki Kantoi Mencuri Ugut Rogol Wanita Yang Rakam Kegiatan Mereka
Loading
/

Bermacam benda yang menjadi sasaran para pencuri di luar sana termasuklah pokok buah yang ditanam di luar rumah.


Satu perkongsian wanita di Facebook baru-baru ini tular menceritakan tentang bagaimana dia ternampak dua lelaki sedang mencuri buah mangga dari pokok di luar rumahnya di Taman Wahyu.

Curi Mangga1
sumber: facebook

Menurut World of Buzz, wanita itu menulis,

“Kejadian ini bukanlah kali pertama terjadi. Mereka bukan sahaja mencuri mangga dari pokok kami malah apabila saya memarahi mereka, salah seorang pencuri itu turut mengugut bahawa mereka akan merogol dan membakar rumah saya!”

Bersama-sama status tersebut, dia memuat naik beberapa video yang dirakamkannya ketika berdepan dengan dua lelaki yang mencuri itu. Lelaki tersebut malah turut didengari menggunakan bahasa yang kasar dan membuat pergerakan seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

Curi Mangga2
sumber: facebook

Wanita berkenaan menyatakan bahawa dia berseorangan di rumah jadi disebabkan itu dia tidak berani untuk keluar dan berdepan dengan mereka. Bukan sahaja mengugutnya, pencuri itu turut mengambil beberapa buah mangga yang dicuri dan membaling ke arahnya sebelum melarikan diri. Disebabkan tindakan mereka itu, kawasan rumahnya kotor apabila buah yang dibaling pecah, mengotori lantai di hadapan rumahnya.

Salah seorang pencuri itu memakai baju T berwarna biru dan topi merah telah mengejek dan mencabarnya untuk menghubungi polis kerana dia sama sekali tidak takut disebabkan dia ‘mengenali seseorang di jabatan polis’. Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa pokok itu adalah miliknya, jadi wanita tersebut tidah seharusnya menghalangnya daripada mengambil buah itu.

Curi Mangga3
sumber: facebook

Bagaimanapun, menurut komen dari netizen, wanita itu telah membuat laporan polis dan kedua-dua pencuri tersebut telah ditangkap. Status itu diakhiri dengan peringatannya kepada penduduk kawasan perumahan supaya lebih berhati-hati dan memaklumkan bahawa dia akan ke balai polis untuk proses pengecaman suspek.

Tonton video-video di bawah ini:

Harap-harap mereka tidak dilepaskan begitu sahaja dan dikenakan hukuman setimpal supaya menyesal dengan perbuatan masing-masing!

Baca: Dua Lelaki Kantoi Curi Buah Kelapa di Sekolah Agama Diikat di Pokok Sebagai Hukuman

Kelapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.