Dua Lelaki Kantoi Curi Buah Kelapa di Sekolah Agama Diikat di Pokok Sebagai Hukuman

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Keadaan terdesak serta keinginan untuk mendapat wang dengan cara yang singkat mendorong kepada seseorang itu untuk mencuri.

Dua lelaki ditangkap pada pagi Sabtu ketika sedang mencuba untuk mencuri buah kelapa di Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah di Kampung Batu 7 Lekir, Sitiawan. Brape jela dapat jual buah kelapa tu..

Sumber: Facebook

Penduduk kampung berjaya menangkap dua lelaki itu yang dilihat sedang memanjat pokok kelapa setinggi 5 meter, kira-kira jam 10.30 pagi itu. Tindakan mereka disedari seorang pemilik kedai runcit berhampiran sekolah berkenaan yang kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung yang lain.

Mereka kemudian diikat oleh penduduk kampung di pokok kelapa itu sebagai hukuman sementara menunggu pihak polis tiba.

Menurut bekas ketua kampung itu, Mohd Yaacob Hashim, sebaik menerima maklumat, dia bersama 10 penduduk ke lokasi dan mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.

“Saya tanya adakah mereka yang mengambil kelapa itu dan sebaik mereka mengaku, kami terus menangkap dan mengikat dua lelaki itu pada pokok kelapa dengan menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok.”

Sumber: Berita Harian
Sumber: Facebook

Kedua-dua mereka, salah seorang berusia 30-an dan seorang lagi masih remaja mengaku bersalah dan memohon maaf kepada penduduk selain turut mengaku kejadian itu merupakan kali pertama mereka melakukan tindakan sedemikian.

Menurut laporan The Star, kereta Proton Wira tersebut dipenuhi dengan buah kelapa namun Mohd Yaacob memberitahu bahawa dia kurang pasti dari mana datangnya kesemua buah kelapa itu.

Sumber: Facebook

Meskipun mereka mendakwa itu kali pertama mencuri kelapa di situ, penduduk kampung membuat keputusan untuk mengikat mereka untuk memberi pengajaran kepada dua individu tersebut.

“Kami ikat dua lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan, namun tidak sangka di bulan mulia ini masih ada individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini.”

Mencuri tetap salah, walaupun hanya mencuri buah kelapa. Jangan mengambil barang yang bukan hak milik anda!

Baca: Gadis Curi Barang Kemas Berjumlah RM50,000 Pada Hari Pertama Bekerja di Tesco Kulim

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!