Dah hujung-hujung Ramadan ni pun masih tak dapat keinsafan lagi ke?
Terkini, tersebar beberapa buah rakaman di laman Facebook dua orang lelaki telah ditangkap dan dibelasah orang ramai kerana cuba meragut di bazar Ramadan.
Kejadian yang berlaku di Bazar Ramadan Cheng, Melaka itu bermula apabila peragut cuba merampas beg tangan seorang wanita hamil di tengah-tengah bazar tersebut. Gila betul ni!
Dengan bantuan orang awam, peragut tersebut diberkas dan kemudian dipukul oleh beberapa orang pengunjung bazar serta pekerja di gerai bazar tersebut.
Dalam satu rakaman lain, polis dilihat tiba di tempat kejadian dan menggari kedua-dua penjenayah yang akan dibawa ke balai.
Mangsa yang sarat mengandung juga telah dirakam sedang menangis dan trauma dengan kejadian yang menimpanya. Walau bagaimanapun, syukurlah orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan mangsa dan memastikan keadaannya selamat dan tidak tercedera.
Syukurlah ibu dan bayi dalam kandungan tak ada apa-apa!
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai. Ada di antara netizen menyokong tindakan pantas orang awam menangkap dua penjenayah tersebut. Manakala ada pula yang mempersoal mengapa peragut tersebut dipukul, takut-takut jikalau mereka tercedera kes tersebut akan bertambah berat pula.
Walau apapun, tahniah kepada mereka yang berjaya menangkap penjenayah tersebut. Korang memang herolah!
Kepada para wanita, berhati-hati kalau pergi ke tempat sesak macam tu. Dekat-dekat nak raya ni ramai yang nak cari duit lebih.
Baca: “Hari ini sahaja sudah ada 8 kes ragut di Bangsar”