in

Dua Lelaki Berani Mati, Pecah Kereta & Ragut Dekat Tempat Roadblock Sebelum Ditangkap

Ragut7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya sekarang ni kita kena lebih berhati-hati, jalan sesak bahkan ada roadblock sekalipun belum tentu dapat menjamin keselamatan kita.


Buktinya pagi tadi ada kes ragut di Gombak dimana ada peragut buat satu tindakan berani mati.

 

Pecah kereta orang, ragut dekat tempat ada roadblock!

Menurut perkongsian @AsalGombak, info mengatakan bahawa mereka memecahkan cermin kereta dan meragut beg yang ada di dalam kereta tersebut walaupun ada roadblock di hadapan!

Selepas melakukan perkara tersebut, kedua-dua peragut ini cuba melawan arus namun seorang pemandu treler pantas bertindak dengan membuka pintu dan menyebabkan motor suspek terbabas.

Est2Qadu0Aawqqs Est2Qq Ucaegza5

Kemudian suspek cuba nak larikan diri ke seberang jalan. Bagaimanapun mereka berjaya dikejar dan ditangkap

Ramai netizen yang puas hati dan ‘padan muka’ kan mereka berdua.

 

Nak meragut biar cerdik sikit – Netizen

Ragut Ragut2 Ragut3 Ragut4 Ragut5

Kalau min tak tahu lah nak marah ke, kelakar ke, puas. Ragut dekat tempat roadblock, lawan arus pula tu. Haihhhh!! Apa pun. sekali lagi min pesan berhati-hati lah musim PKP ni kereta tak banyak mungkin nak jadi ancaman golongan ini lagi mudah.

 

Baca : Kejadian Dua Hari Berturut-Turut! Lagi Kes Jalan Berlubang Ragut Nyawa, Kali Ini ‘Food Rider’ Maut di Tempat Kejadian

Ragut6

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.