Kes Mayat Wanita Dalam Beg, Suspek Utama Kes Direman 7 Hari

Jadikan sumber pilihan di Google
Mayat Wanita

Seorang lelaki berusia 51 tahun yang dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes penemuan mayat wanita di dalam beg di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Perintah reman terhadap lelaki berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Rembau pada Sabtu selepas permohonan dikemukakan pihak polis.


Suspek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan tiba di mahkamah pada kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi peguamnya.

Screenshot 2025 12 20 At 12.51.28 Pm

Artikel berkaitan: Identiti Masih Belum Dikenalpasti, Mayat Wanita Dalam Beg Kekal Misteri

Artikel berkaitan: Mayat Lelaki Warga India Ditemui Tidak Sempurna, Dipercayai Dibaham Buaya

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Terdahulu, lelaki tersebut ditahan di Genting Sempah, Pahang, tidak sampai sehari selepas polis menahan seorang lagi suspek berusia 41 tahun di Melaka.

Suspek kedua kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan lanjut.

Screenshot 2025 12 20 At 12.52.26 Pm

Dalam perkembangan berkaitan, identiti wanita yang ditemui mati itu masih belum dapat dipastikan berikutan keadaan jasad yang sudah mereput dan dipercayai telah meninggal dunia melebihi tiga hari sebelum ditemukan.

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kes Mayat Wanita Dalam Beg, Suspek Utama Kes Direman 7 Hari
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kes-mayat-wanita-dalam-beg-suspek-utama-kes-direman-7-hari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen