in ,

Dua Beradik Selesai Misi Cuci Masjid Seluruh Negara Tekad Mahu Cuci Masjid di Singapura Pula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun lepas, dua beradik ini telah mencipta rekod tersendiri apabila mereka bersama seorang sahabat telah menjayakan Kembara Berjalan Kaki Satu Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid yang melibatkan 140 buah masjid dalam tempoh 239 hari.


Sumber: Facebook

Malah pada tahun lepas, mereka telah mengembara ke Borneo dan Brunei dalam misi Kembara Sahabat Borneo dengan tujuan yang sama iaitu membersihkan masjid. Pelbagai pengalaman sudah mereka timba termasuklah dengan mengambil pendekatan menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu masjid ke masjid berikutnya semasa di Borneo.

Sumber: Sinar Harian

Kali ini mereka kembali lagi dengan perancangan baru iaitu untuk meneruskan misi amal membersihkan masjid di Singapura pada Mei tahun depan.

Menurut ketua misi, Annas Aiman Jaffry, kembara ini akan turut disertai oleh adiknya, Muhammad Aidil yang telah memiih negara jiran tersebut sebagai destinasi jelajah yang seterusnya.

Kami dah rancang nak buat projek amal ini ke Singapura termasuk mengelilingi Asia Tenggara.”

Pada tahun lepas, kami dah mengembara ke Borneo termasuk ke Brunei dan tahun sebelumnya berjalan kaki mengelilingi Semenanjung Malaysia.”

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, projek kembara tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan dan mereka kini sudah giat menyusun jadual perjalanan dan program kembara tersebut, lapor Sinar Harian.

Jika tiada aral-melintang, kami rancang untuk mengembara dan membersihkan masjid di Singapura pada awal bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri bersama masyarakat Islam di Kota Singa itu nanti.”

Sumber: Utusan Online

Bagi Annas Aiman, tujuan mereka melakukan kerja sukarelawan ini adalah untuk mencari keberkatan Ramadan selain dari merancang untuk mengikuti pelbagai program keilmuan dan tadarus al-Quran di masjid-masjid yang mereka kunjungi.

Kami mahu mendekati pelbagai lapisan masyarakat yang dapat mengimarahkan masjid di samping melihat perbezaan budaya dari segi menyambut bulan puasa dan raya.”

Sumber: Facebook

Tambahnya lagi, “Daripada situ, banyak perkara yang kita boleh pelajari tentang sosio budaya dan perbezaan masyarakat semasa bulan Ramadan, selain mencari keberkatannya.” 

Kini Annas Aiman dan adiknya, Aidil sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual roti lapis di Pekan Sungai Besar sejak Februari lepas.

Sumber: Facebook

Mereka berniaga kecil-kecilan untuk mempelajari selok-belok perniagaan makanan, selain dari bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek kembara mereka yang akan datang ini.

Murni sungguh niat adik beradik ini. Semoga ia menjadi inspirasi buat semua dalam menambah lebih banyak amalan pada bulan Ramadan yang akan datang ini. 

Baca: Banglo Berhantu Villa Nabila di Johor Bahru Kini Dijadikan Tempat Perlindungan Anjing Terbiar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.