in

Dr Radzi Sahkan 65 Orang Pelajar SBP Di Cyberjaya Positif Covid-19

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, sejumlah 65 orang pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Seri Puteri, Cyberjaya disahkan positif Covid-19. Perkara ini dikira kali pertama SBP mencatatkan rekod kes setinggi ini dalam satu masa.


Mereka dikatakan terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu dan Dua di sekolah tersebut dan kini dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) yang bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

1 2

Sehubungan dengan itu, Dr. Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan bertindak untuk pergi ke sekolah tersebut selepas dimaklumkan melalui mesyuarat lewat petang semalam. Menurutnya, beliau ingin mendapatkan gambaran sebenar situasi yang sedang berlaku di sekolah tersebut.

Memetik fakta dari Harian Metro, Dr Radzi memaklumkan bahawa situasi bermula selepas seorang guru dijangkiti Covid-19, sementara saringan kontak rapat kemudian mendapati ada seorang lagi guru dan enam orang murid diuji positif. Ketika itu, pelajar yang positif kekal di sekolah dan dipantau oleh pihak sekolah.

Kemudian apabila dilaksanakan saringan kontak rapat dalam kalangan 121 murid mereka ini dipotong gelang dan dibenarkan pulang”

Walau bagaimanapun, dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang mencuba untuk kurangkan jumlah pelajar yang berada di asrama SBP itu, mereka perlu menjalankan saringan terhadap lebih 200 orang pelajar hari ini.

Hasil saringan mendapati 65 orang pelajar positif Covid-19 dan sudah dibawa ke MAEPS untuk pemantauan, tambah Radzi lagi.

Esok pihak PKPD akan menjalankan saringan kendiri air liur kepada baki murid untuk melihat sekiranya masih ada yang positif Covid-19.”

Tambah Radzi lagi, Kementerian Pendidikan ketika ini akan bekerjasama rapat dengan PKD Sepang dan pihak sekolah untuk memastikan murid-murid itu berada dalam keadaan selamat.

Sumber: Harian Metro dan Twitter

Baca: Varian Omicron: KJ Minta Rakyat Berjaga-jaga, Netizen Minta Terus Tutup ‘Border’

1 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.