EMKAY Group dengan sukacitanya mengumumkan pelanjutan tempoh kempen Merdeka Dari Sewa 2 hingga 31 Disember 2026, susulan kejayaan fasa pertamanya. Kempen Merdeka Dari Sewa yang baru sahaja berakhir pada 30 September telah merekodkan sebanyak 104 unit tempahan dengan nilai keseluruhan RM30 juta.
Meneruskan momentum kejayaan tersebut, Merdeka Dari Sewa 2 menawarkan fleksibiliti kepada bakal pemilik rumah dan premis perniagaan untuk meneroka peluang pemilikan hartanah menerusi rebat tunai sehingga RM310,000.* Mengangkat mesej utama “Mengapa Sewa Jika Boleh Beli?”, kempen ini turut menawarkan insentif tambahan serta ganjaran eksklusif.
Legasi 43 Tahun Membina Komuniti
Ditubuhkan sejak 1983, EMKAY Group telah mengukuhkan reputasinya sebagai pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dengan rekod prestasi cemerlang dalam pembangunan sektor perumahan, komersial dan perindustrian. Sepanjang 43 tahun, Kumpulan ini telah meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam industri.
Berbekalkan legasi selama lebih empat dekad, EMKAY Group kekal komited untuk membangunkan komuniti yang mampan serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.
“Memiliki kediaman atau ruang perniagaan sendiri merupakan satu pencapaian besar dalam kehidupan ramai rakyat Malaysia. Sempena ulang tahun ke-43 EMKAY Group, kami ingin memperluas peluang pemilikan hartanah agar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Menerusi kempen Merdeka Dari Sewa 2, inisiatif ini diharap dapat membantu lebih ramai individu merealisasikan impian memiliki rumah serta menikmati tawaran hartanah yang istimewa,” kata Encik Jayasangaran A/L Dhanapal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EMKAY Group.
Projek yang Ditawarkan
Bagi memenuhi pelbagai keperluan pembeli, Merdeka Dari Sewa 2 menampilkan tiga pembangunan utama merangkumi komponen kediaman dan komersial di kawasan selatan Lembah Klang:
- The Vybe Smart Suites @ Cyberjaya

Suite pintar berkonsepkan hibrid, menggabungkan fungsi kediaman dan tempat kerja dalam satu persekitaran fleksibel. - Radius Business Park @ Cyberjaya

Hab perniagaan sedia diduduki yang menawarkan ruang kedai/pejabat berstrata dengan status pegangan bebas. - The Ayu Residences @ Bangi

Kondominium berkonsepkan resort dan berkepadatan rendah, menawarkan persekitaran yang tenang untuk gaya hidup moden.
Insentif Eksklusif
Selain rebat tunai, Merdeka Dari Sewa 2 turut menyediakan ganjaran tambahan kepada pemilik sedia ada dan bakal pembeli menerusi:
- Beli, Rujuk & Raih
Pemilik sedia ada boleh menikmati ganjaran tunai sehingga 3%* menerusi pembelian berulang dan program rujukan yang berjaya. - Kunjung & Menang
Bakal pembeli yang mengunjungi Galeri Jualan EMKAY selewat-lewatnya pada 31 Disember 2026 berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik*, termasuk Apple Watch, Xiaomi Smart AI Glasses, kamera DJI Osmo Pocket dan baucar AEON bernilai RM100.
Kunjungi Galeri Jualan EMKAY
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Galeri Jualan EMKAY bagi meneroka
projek-projek yang ditawarkan, mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini serta
mendapatkan maklumat mengenai peluang pemilikan hartanah yang tersedia. Menerusi Merdeka Dari Sewa 2, EMKAY merealisasikan aspirasi “Freedom to Own, Freedom to Build” dengan menjadikan pemilikan hartanah lebih istimewa dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan projek-projek yang ditawarkan, sila
layari laman web rasmi dan halaman media sosial EMKAY Group:
- EMKAY Group: https://www.emkay.com.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/emkaygroupmalaysia
- The Ayu Residences: https://theayuresidences.com.my/
- The Vybe Smart Suites: https://thevybe.com.my/
Untuk pertanyaan atau penetapan janji temu, sila hubungi 010-585 7580.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
