in

Varian Omicron: KJ Minta Rakyat Berjaga-jaga, Netizen Minta Terus Tutup ‘Border’

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, varian baru Covid-19 yang dinamakan Omicron ini dikatakan lebih mudah merebak berbanding Delta dulu.



Varian yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan ini membuatkan banyak negara yang bimbang dan mula ketatkan semula sekatan perjalanan. Mana taknya, Delta pun dah huru hara dibuatnya.

Sebentar tadi, melalui ciapan di Twitter peribadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi peringatan kepada orang ramai mengenai varian baru ini.

Walaupun ramai yang tahu varian ini mungkin lebih mudah merebak berbanding Delta, banyak lagi yang belum diketahui tentang varian Omicron ini.

Oleh itu, Khairy meminta orang ramai untuk tingkatkan langkah berjaga-jaga dengan memastikan segala SOP dipatuhi dengan lebih ketat.

Kita tahu Omicron mungkin lebih cepat merebak dari Delta tapi kita masih tak tahu tahap keganasan varian ini. Apa yang kita boleh buat untuk sementara waktu ini adalah tingkatkan lagi kesihatan awam (pakai pelitup muka, jaga jarak, kebersihan), tingkatkan pengudaraan di dalam rumah dan pastikan warga emas selamat dan ambil dos penggalak bila diberikan.”

“Tutup border”

Bagaimanapun, di ruangan komen ciapan ini, ramai netizen telah meminta Khairy Jamaluddin untuk menutup sempadan negara luar serta merta lebih-lebih lagi selepas dua penumpang dari Afrika Selatan telah dikesan di Singapura dengan varian Omicron ini.

Selain itu, ada yang mencadangkan agar kerajaan membuat kenyataan rasmi mengenai varian ini bagi mengelakkan panik di kalangan rakyat.

Screenshot 2021 11 30 At 11.59.14 Am Down

Namun, ada juga netizen yang tak bersetuju kalau sempadan negara ditutup kerana jika dilihat, Delta dulu tetap masuk ke dalam negara kita walaupun sempadan ditutup ketika itu.

Screenshot 2021 11 30 At 12.03.06 Pm Down

Tapi memang betul, buat masa sekarang ni kita make sure sentiasa ikut SOP untuk elak dari kena Covid-19 ni dan tunggu tindakan seterusnya dari kerajaan.

 

Baca: Varian Omicron Makin Mengganas di Beberapa Negara, Berikut Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Screenshot 2021 11 30 At 12.13.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.