in ,

“Dorang ni demand, panaslah tak selesalah”- Frontliner Dedah Attitude Kluster ‘Oversea’ MENJENGKELKAN!

Sebelum ni negara kecoh dengan kluster tabligh yang dikatakan degil dan tidak memberikan kerjasama untuk membuat saringan Covid-19.

Namun berbeza dengan perkongsian ‘frontliners’ yang mendakwa pesakit Covid-19 daripada kluster tabligh ini sebagai mudah diurus dan sangat menyenangkan.

Baru-baru ini pula timbul kluster baru, yang dipanggil Kluster Oversea, mereka ini ialah golongan yang dibawa pulang atau balik dari luar negara.

 

“Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL, sebab…”

Kali ini frontliner sendiri, kongsi perangai kluster oversea ini yang dianggap menjengkelkan dan banyak songeh!

Kenapa? Baca perkongsian di bawah…

Kluster baru yang menjengkelkan..Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua…

Posted by Mohd Afiq on Wednesday, April 8, 2020

Bahasa mudahnya kluster tabligh dan kluster oversea ini sangat berbeza sebab :

Kluster Tabligh

  • Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama.
  • Seronok merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE, rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
  • Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad, bacaan al-quran hampir setiap masa.
  • Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut.

Kluster Oversea 

  • Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid (Padahal masa diorang pergi melancong, tanpa segan silu papar gambar melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb).
  • Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.
  • Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi.

Namun korang jangan salah anggap sebab bukan semua macam itu, cuma…

Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..

Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

 

Fikir-fikirkan…

Baca : Makanan tak menyelerakan- Wanita Tak Puas Hati Dikuarantin Kat Hotel 5 Bintang Sebab

 

Sumber: Astro Gempak