in

“Makanan tak menyelerakan”- Wanita ‘Tak Puas Hati’ Dikuarantin Kat Hotel 5 Bintang Sebab…

Feat 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini viral, kerajaan menyediakan tempat kuarantin mewah di hotel 5 bintang bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.


Pasti ramai yang merasa ‘jealous’ dengan layanan dan perkhidmatan yang disediakan kepada golongan ini.

Namun tidak bagi seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Alice, 36 tahun.

 

“Bilik bagai penjara tanpa kad kunci…”

Alice yang merupakan seorang perunding IT di UK, tiba di KLIA pada pagi Ahad sebelum dia disembur dengan semburan nyahjangkit dan dibawa ke hotel tersebut, lapor FMT.

“Saya harap mereka benarkan kami berjalan di koridor dari semasa ke semasa, supaya kami dapat melakukan sedikit senaman,”

1 7

Namun dakwanya, mereka tidak dibenarkan keluar dari bilik walau untuk mendapatkan makanan.

Katanya makanan diletakkan di luar pintu bilik dan perkhidmatan bilik tidak dibenarkan meskipun Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) membenarkan memesan makan di luar waktu makan biasa.

Makanan yang disediakan tidak menyelerakan, sayur-sayuran yang terkulai dan potongan buah-buahan dalam tin. Sementara minuman pula, Alice diberi 7 botol kecil dan ia akan ditambah seminggu sekali.”

“Bilik tidak besar dan anda tidak banyak berjalan. Saya tidak boleh memesan perkhidmatan bilik, dan saya sangat ‘jet lag’.”

2 8

Katanya hari ini merupakan hari ketiga dia disana, dan dia hampir tidak dapat bertahan.

Malah katanya, hanya ada 5 saluran sahaja di televisyen yang kebanyakannya melaporkan mengenai coronavirus.

 

Baca : Dapat Hilton terus diam Netizen Hentam Pramugari Tayang Tempat Kuarantin Lepas Kantoi Pernah Kutuk Tempat Lain Macam Penjara.

3 5

Sumber: fmt
Sumber: fmt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.