in

Doktor Veterinar Muslim Dipuji Kerana Sanggup Pegang Anjing Untuk Vaksinasi Rabies

Muslim Rabies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, berikutan kes wabak rabies yang menular di Sarawak, kempen vaksinasi percuma telah dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk memastikan hampir kesemua anjing, kucing dan haiwan telah divaksin.


Sungguhpun terdapat segelintir pegawai daripada jabatan veterinar yang beragama Islam, mereka masih mahu menjalankan tanggungjawab tersebut demi memastikan situasi setempat dalam keadaan selamat. Wah syabas!

Screen Shot 2017 07 25 At 5.23.57 Pm
sumber: wob

Apabila disoal akhbar Sinchew, dua pegawai veterinar wanita Muslim berkata, mereka seharusnya berkerjasama dalam waktu kritikal ini kerana negeri Sarawak berada dalam situasi berjaga-jaga berikutan penularan wabak rabies baru-baru ini, lapor World of Buzz.

Pegawai Muslim tersebut juga menegaskan bahawa mereka memegang atau menyentuh anjing hanyalah kerana ia sesuatu yang dituntut pekerjaan mereka dan bukannya kerana suka-suka.

Melihatkan betapa seriusnya keadaan itu, mereka tidak teragak-agak untuk melakukannya dan hanya fokus terhadap menvaksin anjing-anjing tersebut.

Screen Shot 2017 07 25 At 5.51.48 Pm
sumber: wob

Tambah mereka lagi, pegawai Muslim dan bukan Muslim haruslah berganding bahu dalam melalui detik penuh cabaran ini, dan tiada kontroversi yang patut dibangkitkan berkaitan tugas mereka.

Malah setelah selesai menvaksin anjing untuk hari tersebut, mereka semestinya akan menyamak anggota badan yang berkenaan.

Sikap profesionalisme dan kasih sayang terhadap haiwan yang ditonjolkan pegawai-pegawai Muslim ini telah mendapat pujian dari netizen.

“Inilah makna sebenar sebuah profesionalisme. Jutaan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menjalankan tugas vaksinasi dan menyelamatkan haiwan peliharaan kami!” kata salah seorang netizen.

“Dengan setiap vaksinasi yang dilakukan, mereka merisikokan diri mereka digigit anjing, terutamanya yang bersikap agresif. Saya respek mereka!” kata seorang netizen lagi.

Rabiesanjing.transformed
gambar hiasan

Pegawai veterinar ini jelas sekali merupakan hero yang tidak didendangkan di Sarawak dalam melawan wabak rabies. Syabas buat mereka semua!  

Baca: Orang Ramai Bertindak Meracuni Anjing Kerana Takutkan Penularan Wabak Rabies

Rabies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.