in

Orang Ramai Bertindak Meracuni Anjing Kerana Takutkan Penularan Wabak Rabies

Rabies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua rakyat Malaysia pasti sudah tahu bahawa Sarawak kini sedang dilanda wabak rabies dan kes paling terbaru berlaku di Perak, yang membuatkan Pulau Pinang menyekat anjing dan kucing daripada masuk ke negeri.

Wabak ini lebih menambahkan kerisauan ramai orang apabila satu kes kematian berlaku dan dikaitkan dengan wabak rabies ini.


Namun, ada sesetengah pihak terlalu melebih dan terbawa-bawa dengan rasa paranoid mereka sehinggakan mereka meracuni anjing dan kucing.

Rabies1
sumber: citizen journalist malaysia

Menurut Malay Mail, Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SSPCA) telah meminta pihak media untuk berhenti membesar-besarkan isu wabak rabies kerana ia telah menimbulkan panik dalam kalangan rakyat.

Terdapat beberapa kes anjing dan kucing diracuni oleh jiran dan orang lain dilaporkan kerana wabak ini. Tindakan sesetengah media yang juga dikatakan menggunakan terma seperti ‘penyakit anjing gila’ atau ‘anjing gila’, menyebabkan rakyat lebih paranoid.

Presiden SSPCA Datin Dona Drury Wee menekankan bahawa pihak media hanya perlu menggunakan terma ‘rabies’.

“Kami tonton sebuah video seekor anjing yang telah diracuni dan terbaring di atas jalan, sedang kesakitan,” katanya.

Rabies2
sumber: facebook
Rabies4
sumber: citizen journalist malaysia

Bertentangan dengan kepercayaan orang ramai, rabies bukan hanya dibawa oleh anjing kerana kucing dan tikus juga boleh membawa virus tersebut.

Menurut Wee lagi, “Cuma manusia banyak berdepan dengan anjing dalam kehidupan seharian, jadi 95 peratus insiden rabies disebabkan gigitan anjing.”

Selain itu, Wee turut menambah bahawa orang ramai tidak akan terkena virus tersebut jika mereka digigit haiwan yang sihat dan sudah divaksin.

SSPCA mengeluarkan poster untuk memaklumkan kepada orang awam bagaimana untuk tahu jika anjing itu sudah divaksin.

Rabies3
sumber: malay mail

Kita tidak harus terlampau terikut-ikut dengan ketakutan dan rasa paranoid. Membunuh haiwan yang tidak bersalah tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa!

Baca: Dua Beradik Meninggal Kerana Keluarga Tidak Mampu Bayar RM40 Untuk Dapatkan Rawatan

Budak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.